Suka makan masakan India? Jika ya, hidangan Kentang Varuval ni antara menu yang wajib cuba. Biasanya kita dengar Ayam Varuval atau Kambing Varuval je kan? Guna kentang pun boleh. Cara memasaknya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Malah resipi perkongsian saudari Suriakumari Perumal ini juga sangat ringkas. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KENTANG VARUVAL YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang – beli online disini
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak
2 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang merah – cincang
1 sudu besar bawang putih & halia cincang
5 tangkai cili kering – dipotong – beli online disini
1 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam – beli online disini
1 sudu kecil garam masala – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kupas kentang, rebus hingga empuk. Kemudian potong dadu. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng kentang tadi.
3. Selepas dah keluarkan kentang, tambahkan sedikit lagi minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
4. Kemudian tambahkan bawang merah, kisaran bawang putih & halia, cili kering 5 dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
5. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari ayam, garam masala dan garam secukup rasa. Tumis sampai pecah minyak.
6. Akhir sekali, masukkan kentang yang digoreng tadi dan gaulkan dengan rencah selam 5 minit.
Jom variasikan hidangan hari raya dengan menu pelbagai citarasa. Kali ini kita keluar dari kebiasaan hidangan yang biasa dijamu di rumah kita. Cuba pula menu-menu enak resipi air tangan Chef dari Hotel Best Western I-City , Shah Alam ini.
Raya masih muda, ramai lagi saudara mara yang nak datang tu…
1. SAMBAL TEMPE JAWA
BAHAN-BAHAN:
250 gm daging |goreng
200 gm hati ayam |goreng
100 gm kentang |goreng
3 keping tempe |goreng
100 gm kacang buncis
30gm cili merah |hiris nipis
30gm bawang merah |kisar
30gm bawang putih |kisar
20ml kicap pekat
300ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau wangi
Masukkan daging, hati ayam, tempe dan kentang
Akhir sekali masukkan kicap dan santan serta garam secukup rasa
Sedia dihidangkan.
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
2. NASI SERUNDING
BAHAN-BAHAN:
400 gm Beras Basmati
50 gm Bawang Besar
30 gm Bawang Merah
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 batang Kulit Kayu Manis
3 biji Buah Pelaga
10 gm Jintan Manis
10 gm Biji Halba
30 ml Santan
50 gm Serunding Daging
20gm Minyak Sapi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi
Masukkan bahan-bahan yang lain dan beras
Masukkan santan dan renehkan hingga nasi masak sepenuhnya
Gaulkan dengan serunding dan hidangkan
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
3. NASI BOKHARI
BAHAN-BAHAN:
300 gm beras basmathi
80 gm bawang besar
50 gm bawang putih
50 gm buah pelaga
30 gm bunga lawang
20 gm kulit kayu manis
3 helai daun pudina
10 helai daun ketumbar
150 gm tomato Puri
30 gm minyak sapi
400 gm ayam
Air rebusan ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
Kemudian masukkan Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan tomato puree serta beras. Masukkan air rebusan ayam secukupnya
Masukkan ayam dan garam secukup rasa serta daun pudina dan biarkan masak selama 30 minit
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan lauk seperti ayam masak merah, dan kurma
4. ASAM PEDAS EKOR
BAHAN-BAHAN:
300 gm ekor lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 biji tomato
200 ml asam jawa
50 gm belacan | dibakar
30 gm serbuk jintan putih
30 gm sebuk jintan manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi
Kemudian masukkan cili kering dan serai
Masukkan ekor dan masak sampai lembut
Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan , daun kesum dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
5. RENDANG UDANG BERKELAPA
BAHAN-BAHAN :
400 gm Udang Saiz L | Goreng Separuh Masak
100 gm Bawang Merah | Hiris Nipis
50 gm Bawang Putih | Hiris Nipis
100 gm Cili Padi Merah | Kisar
50 gm Cili Padi Hijau |Kisar
50 gm Lengkuas |Kisar
30 gm Halia |Kisar
20 gm Kunyit Hidup |Kisar
300 ml Santan
150gm Kelapa Parut |Disangai
30 gm Biji Ketumbar |Ditumbuk
2 batang Serai |Diketuk
2 helai Daun Kunyit
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam Secukup Rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan Bawang merah dan bawang putih bersama bahan yang dikisar.
Apabila telah naik bau boleh masukkan serai,biji ketumbar dan juga serbuk jintan manis
Masukkan udang dan biarkan selama 10 minit kemudian boleh masukkan santan
Akhir sekali masukkan kelapa parut yg telah disangai dan gaulkan hingga sebati.
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
6. PERUT MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm Perut Lembu
10 gm Kicap Pekat
20 gm Serbuk Kari
20 gm Serbuk Jintan Putih
20 gm Serbuk Jintan Manis
20 gm Serbuk Ketumbar
50 gm Bawang Besar
30 gm Bawang Merah
10 gm Bawang Putih
2 kuntun Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 biji Buah Pelaga
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang merah, bawang besar dan juga bawang putih.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga buah pelaga
Masukkan rempah kari,ketumbar dan juga jintan
Setelah bangkit bau masukkkan kicap pekat danjuga perut lembu
Renihkan hingga perut lembut dan hidangkan
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
7. KERUTUK KAMBING
BAHAN-BAHAN:
350 gm Daging Kambing
100 gm Bawang Merah
40 gm Bawang Putih
30 gm Halia
40 gm Lengkuas
150 gm Cili Kering|kisar
30 gm Bunga Lawang
30 gm Buah Pelaga
40 gm Kulit Kayu Manis
20 gm Bunga Cengkih
200 gm Kerisik
100 gm Gula Merah
100 gm Sos Tomato
100 gm Sos Tiram
150 gm Rempah Kerutuk
40 gm Minyak Sapi
CARA MEMASAK:
Daging kambing dicuci dan dibersihkan serta ditoskan airnya
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik hingga pecah minyak
Masukkan cili kering yang telah dikisar serta rempah dan tumis lagi hingga naik bau
Masukkan sos tomato,kerisik dan sos tiram.
Masukkan garam secukup rasa dan renehkan daging hingga empuk
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit
8. DAGING SALAI PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500 gm Daging Batang Pinang Salai
50 gm Cili Padi
50 gm Bawang Besar
40 gm Bawang Merah
50 gm Serai
30 gm Lengkuas
20 gm Kunyit
100 ml Santan
2 ikat Daun Pegaga
3 keping Asam Keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang, lengkuas, cilipadi, serai dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan santan, asam keping, daging dan juga daun pegaga
Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Angkat dan sedia dihidangkan.
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Aroma daging salai memberikan rasa yang enak
9. OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN:
500 gm Ayam
400 ml Santan
150 ml Minyak
5 ulas Bawang merah |kisar
4 ulas Bawang putih |kisar
100 gm Lengkuas |kisar
100 gm Halia |kisar
50 gm Kunyit |kisar
3 batang Serai |kisar
50 gm Kulit Kayu Manis
50 gm Ketumbar
20 gm Jintan Putih
2 helai Daun salam
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Tumis bahan kisar hingga bangkit bau.
Masukkan ayam dan semua bahan yang lain dan perlahankan api.
Reneh sehingga daging mask dan kuah agak pekat
Masukkan garam, setelah ayam cukup masak, angkat dan hidangkan.
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Seperti rendang ia juga sangat enak dimakan dengan ketupat atau nasi minyak
10. PAJERI KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
300 gm Kedondong
30 gm Bawang Merah
10 gm Bawang Putih
100 gm Rempah Kari
30 gm Kerisik
10 gm Gula Melaka
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah dan bawang putih,
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis
Masukkan rempah kari dan mask sehingga bangkit bau dan pecah minyak
Masukkan kerisik, gula melaka dan juga kedondong
Masukkan garam , sesuaikan rasa dan angkat
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan Reneh
Jenis masakan : Sayur
Keistimewaan : Rasa yang masam-masam manis. Enak dimakan dengan nasi
RESIPI: Chef Ahmad Safwan Fathy Samsudin dan Chef Mohamad Ikmal Mohd Yusuf
Biasanya, untuk jantung pisang, ramai yang buat celur, kerabu atau masak lemak saja. Jadi untuk kali ini, apa kata ubah selera sikit.
Kita buat jantung pisang goreng, hasil resipi daripada Ummi Hana. Fuhh, Nampak sedap. Goreng bagi ada rasa-rasa pedas, makan pula dengan nasi panas, terangkat!
Jom kita buat.
JANTUNG PISANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang | dibersih dan potong. Kemudian dicelur sekejap dan toskan
10 biji bawang merah | tumbuk kasar – beli online di sini
5 ulas bawang putih | tumbuk kasar – beli online di sini
1 inci kunyit hidup | tumbuk kasar – beli online di sini
10 biji cili api | tumbuk kasar – beli online di sini
Ikan bilis secukupnya | tumbuk kasar
Sedikit belacan
Garam & ajinomoto
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan agak garing.
2. Masukkan jantung pisang dan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering.
3. Kemudian, masukkan garam dan ajinomoto mengikut selera masing-masing. Gaul rata.
4.Kalau suka pedas, boleh lebihkan lagi cili api. Apabila sudah masak, boleh hidangkan.
TIPS:
*Kalau tidak mahu jantung pisang melekat pada periuk, letak minyak sikit ketika mencelur. Senang untuk basuh periuk nanti.
Sedapnya Sambal Garing Pucuk Ubi ni perkongsian saudari Nana Ereena ni. Menu yang sangat ringkas tapi punya ramai peminat dan digemari ramai.
Menu ini paling enak dinikmati bersama nasi putih. Gaul-gaul bersama nasi, ada telur dadar sahaja sudah cukup. Tak nak makan dengan nasi? Ratah begitu sahaja sudah mencukupi.
Nak niaga? Ini adalah salah satu menu yang sesuai diniagakan dan diminati ramai. Pasti laku keras. Hanya guna sukatan bahan ini dan gandakan sahaja jika mahu buat dalam jumlah yang banyak. Jom buat Sambal Garing Pucuk Ubi ni. Anda pun pasti berselera.
BAHAN-BAHAN:
Seikat pucuk ubi – basuh bersih
Segenggam cili kering – beli online disini
Minyak masak secukupnya
Segenggam ikan bilis – beli online disini
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1/4 cawan bawang goreng – beli online disini
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih pucuk ubi dan potong ikut suka.
2.Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing. Tos dan ketepikan.
3.Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah berul-betul panas masukkan cili kering. Goreng sekejap je. Angkat, toskan.
4. Tumbuk cili kering goreng tadi guna lesung batu supaya lebih sedap.
5.Seterusnya goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, toskan minyak dan tumbuk.
6. Goreng jug hirisan bawang putih hingga garing. Toskan dan tumbuk.
7. Kemudian masukkan bawang goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi. Pastikan semua bahan ditumbuk secara berasingan.
8.Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan cili kering, ikan bilis, bawang putih, bawang goreng, gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati guna api kecil sahaja.
9.Masukkan pucuk ubi. Gaul dan siap. Simpan dalam bekas kedap udara.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!