Makan

Resipi Kentang Varuval, Sangat Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Share

Suka makan masakan India? Jika ya, hidangan Kentang Varuval ni antara menu yang wajib cuba. Biasanya kita dengar Ayam Varuval atau Kambing Varuval je kan? Guna kentang pun boleh. Cara memasaknya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Malah resipi perkongsian saudari Suriakumari Perumal ini juga sangat ringkas. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA MASAK KENTANG VARUVAL YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

Ubi kentang – beli online disini
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak
2 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang merah – cincang
1 sudu besar bawang putih & halia cincang
5 tangkai cili kering – dipotong – beli online disini
1 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari ayam – beli online disini
1 sudu kecil garam masala – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kupas kentang, rebus hingga empuk. Kemudian potong dadu. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng kentang tadi.
3. Selepas dah keluarkan kentang, tambahkan sedikit lagi minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
4. Kemudian tambahkan bawang merah, kisaran bawang putih & halia, cili kering 5 dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
5. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari ayam, garam masala dan garam secukup rasa. Tumis sampai pecah minyak.
6. Akhir sekali, masukkan kentang yang digoreng tadi dan gaulkan dengan rencah selam 5 minit.
7. Kentang Varuval sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suriakumari Perumal

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur