Siapa yang dah pernah cuba,mesti tahu kesedapan ayam ni.Ayam goreng ni ratah begitu sahaja pun sedap. Aroma serai menyedapkan rasa ayam ini, gerenti tak cukup satu.
Kepak Ayam Goreng Serai Thai
Bahan-bahan:
½ kilo kepak ayam (dicuci bersih)
2 batang serai (dipotong 2cm dan ditumbuk hancur menggunakan lesung batu)
1.Sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam dan kesemua bahan(kecuali daun limau purut),serta bahan yang dikisar halus.Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2.Panaskan minyak,agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
3.Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng 5- 7 minit.Kemudian angkat dan rehatkan 3 minit .Gorengkan semula ayam tadi 1-2 minit dengan minyak panas yang sama.
Ads
4.Apabila ayam sudah masak,angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi.Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Batuk dan rasa badan tak selesa disebabkan angin boleh mengganggu rutin harian.Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
150gm bawang berah
40gm bawang putih
60gm halia
60gm serai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.
Kali ini RASA ingin kongsikan cara buat ayam masak merah dengan menggunakan versi paling simple. Yalah, kadang kita tak ada banyak bahan di rumah untuk membuat ayam masak merah yang cukup lengkap bahannya seperti resipi masakan kenduri.
Nah, dengan bahan-bahan paling minimum, anda sudah boleh menikmati ayam masak merah yang sedap.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
1/2 senduk cili kering (direbus dan dibuang biji)
5 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN
8 ketul potongan ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Sedikit air (jika suka ada kuah)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
CARA MEMBUAT
1. Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam namun jangan terlalu kering.
3. Angkat ayam dan kurangkan minyak masak.
4. Dengan sedikit baki minyak masak yang ditinggalkan dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
6. Jika suka berkuah sedikit, masukkan air.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan potongan bawang besar.
9. Gaul sebati sehingga keseluruhan sos membaluti ayam.
10. Siap!
Inilah dia resipi ayam masak merah yang cukup simple. Tidak perlu serai dan bahan-bahan lain. Sesuai untuk orang bujang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.