Resipi Kepak Ayam Tumis Halia. Menu Sedap & Boleh Kurangkan Angin Dalam Badan.

Share

Di musim buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis dan sebagainya ni, pasti ada diantara kita yang terlebih makan. Akibatnya, badan rasa sakit-sakit dan berangin. Salah satu cara untuk melegakan rasa tidak selesa ini adalah dengan memakan halia. Paling mudah adalah dengan mencampurnya dalam masakan lauk pauk harian. Jom cuba! Pasti rasa lega.

 

KEPAK AYAM TUMIS HALIA

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepak ayam
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 2 inci halia – hiris
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit sos makanan laut ( seafood sauce) – boleh ganti dengan sos tiram
  • Air secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 pokok daun bawang – potong memanjang
  • 2 biji cili merah -hiris
  • 1 biji tomato – potong

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga garing.
  2. Kemudian masukkan kepak ayam. Kacau.
  3. Tambahkan sos makanan laut ikut citarasa. Kacau rata dan tambah air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam serta asam gelugur. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam masak.
  5. Tabur lada merah, daun bawang dan tomato. Kacau seminit. Padam api.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi  & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli

 

Published by
Nur