Tidak perlu menu yang rumit untuk membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari lauk yang ringkas, hidangan Kepak Ayam Tumis Halia ni sangat sesuai dicuba. Malah aroma halianya juga menjadikan sajian lebih sedap dan boleh membuang angina dalam badan. Dalam masa 15 minit sahaja dah siap masak. Mudah kan? Jom cuba menu mudah dan ringkas ni. Pasti puas hati.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kepak ayam | dibersihkan
- 4 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 inci halia | dihiris
- 5 sudu makan sos tiram
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 keping asam gelugur
- 2 pokok daun bawang | dihiris 1 inci
- 1 biji cili merah | dihiris
- 6-7 biji tomato ceri | dibelah dua
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi.
- Masukkan ayam. Kacau rata sehingga ayam separuh masak.
- Tambahkan sos tiram. Gaul rata hingga rata.
- Kemudian tambah sedikit air. Teruskan masak hingga ayam empuk.
- Seterusnya masukkan serbuk lada hitam serta asam keeping. Biarkan merenih dan ayam masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang, cili dan tomato.
- Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.