Resipi Kepingan Jagung Madu Karamel Modal RM10 Dapat 3 Balang. Sedap, Rangup Dan Jimat!

Share

Cara mudah buat kudapan rangup untuk hidangan raya . Mesti habis cepat tetamu asik layan Cornflakes madu karamel jer. Caranya  mudah, senang dan tak perlu pakai oven. Modal rm10 boleh dapat 3 bekas jimat sangat!

 

RESIPI CORNFLAKES MADU KARAMEL

BAHAN-BAHAN:

  • Cornfalke 1/2kg
  • Gula 250g
  • Majerin 250g
  • Susu pekat 3sudu
  • Buah hiasan taknak buh pon takpa (nak letak kacang pun sedap jugak)

CARA MEMASAK:

Panaskan gula, marjerin, susu sampai berbuih. Api perlahan tau takut hangit.

Dah pecah gula semua, masukkan cornflakes kacau rata.

Masukkan buah kering, gaul rata dan jemur seketika sampai kering.

Siap.

 

Kongsi resipi: Zarina Md Saad Nana

Published by
Mastura Abu Kassim