Bayam Brazil ni memang banyak guna. Macam-macam hidangan boleh masak guna sayur ni. Masak lemak boleh, goreng belacan boleh, celup tepung pun sedap. Salah satu resipi mudah yang boleh cuba masak adalah Kerabu Bayam Brazil bersama Mangga perkongsian saudari Mimi Mahmud. Sangat simple tapi rasanya sedap. Tengok gambar je pun nampak menyelerakan. Jom cuba.
CARA MASAK KERABU BAYAM BRAZIL BERSAMA MANGGA
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji mangga epal – mayang halus
1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
8 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Kelapa parut anggaran RM1 ( dalam 1 cawan)
Santan RM1 ( anggaran 1 cawan)
Udang kepal secukupnya ( udang geragau kering)
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat. 2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan. 3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
Ads
4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.
Resipi pes ikan bakar yang sedap dan mudah disediakan. Sangat sesuai dinikmati sebagai sajian makan tengahari. Resipi ini adalah perkongsian saudari Rafiza Idayu.
IKAN PARI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Blend semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati.Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Cara masakan terbaik untuk menikmati kemanisan isi ikan segar ialah dengan cara mengukusnya. Dipadankan dengan perisa yang tidak terlalu ‘over’ dan ada sedikit citarasa thai, sememangnya hidangan Siakap Kukus Halia Special ni anda perlu nikmati. Caranya sangat mudah dan rasanya pun memang sedap. Malah lebih sihat. Selamat mencuba!
SIAKAP KUKUS HALIA ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | dikelar
2.5cm halia | hiris
3 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu makan sos plum – Jika tiada boleh abaikan.
3 batang serai | ditumbuk
3 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah | dikisar
2 biji limau nipis | diperah air
2 biji cili merah | dihiris
1 biji buah tomato | dipotong dadu
1/2 batang lobak merah | hiris
1 tangkai daun sup
1 sudu makan sos ikan thai
Garam dan perasa jika perlu
CARA MEMASAK:
Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama sos ikan, sos plum dan garam. Perap kira-kira 15 minit.
Cili merah, tomato, daun limau purut, halia, lobak merah dan daun sup ditabur di atas ikan.
Kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
Sedia untuk dinimati.
Info Chef: Sebaik-baiknya hidangan hendaklah terus dinikmati kerana enak dinikmati panas
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!