Resipi Kerabu Bayam Brazil Bersama Mangga Epal.

Share

Bayam Brazil ni memang banyak guna. Macam-macam hidangan boleh masak guna sayur ni. Masak lemak boleh, goreng belacan boleh, celup tepung pun sedap. Salah satu resipi mudah yang boleh cuba masak adalah Kerabu Bayam Brazil bersama Mangga perkongsian saudari Mimi Mahmud. Sangat simple tapi rasanya sedap. Tengok gambar je pun nampak menyelerakan. Jom cuba.

CARA MASAK KERABU BAYAM BRAZIL BERSAMA MANGGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji mangga epal – mayang halus
  • 1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut anggaran RM1 ( dalam 1 cawan)
  • Santan RM1 ( anggaran 1 cawan)
  • Udang kepal secukupnya ( udang geragau kering)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan.
3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.


4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Mimi Mahmud

Published by
Nur