Resipi Kerabu Ikan Bilis Pedas Power. Sedap & Padu

Share

Bila menikmati kerabu dengan nasi panas-panas tentunya penambah selera makan. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yang boleh korang try.

Bahan-bahan:

Bawang merah/besar

Serai

Bunga kantan

Cili api

Tomato

Limau nipis/limau kasturi

Garam

Gula

Kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI

Ikan bilis-BELI ONLINE DI SINI

Cara membuat:

1.Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.

2. Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan  gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi   janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.

3. Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.

Selamat mencuba.

Kredit: Rozi Abdul Razak

Ingin mencari PRESSURE COOKER? Klik  DISINI

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR , BOLEH LIHAT DI SINI.

 

Published by
Putri