Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, menu yang mudah nak buat dan juga pembangkit selera. Tidak menggunakan banyak bahan, hidangan ini juga menggunakan bahan-bahan segar dan sihat.

Kerabu antara juadah pembuka selera dan cara penyediaannya juga ringkas dan cepat. Kerabu Ikan Bilis antara menu yang sangat sesuai dimakan bersama nasi putih ataupun diratah sahaja sebagai salad.

Memang sedap dan boleh tambah selera. Kalau tak lalu makan buat menu ni confirm rasa nak makan.

RESIPI KERABU IKAN BILIS

Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis (goreng bagi garing) – BELI ONLINE
Bawang besar
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika suka)
Cili padi – BELI ONLINE
Tomato – BELI ONLINE
Air perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

*sukatan boleh ikut masing-masing dan kuantiti kerabu yang dikehendaki.

Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat! Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan ke semua bahan dan gaul rata.

2. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

3. Kerabu Ikan Bilis ini sedap dimakan  terus selepas semua bahan siap digaul sebati. Bila makan baru rasa rangup. Jika disimpan, ia akan sedikit lemau. Elok sebatikan semua bahan ketika hendak makan. Barulah kunyah rasa sedap dan ikan bilis tidak lemau.

Sumber kredit: Haslina Mohamad

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang

Kentang Ikan Bilis Cili Berempah Lauk Simple & Mudah Nak Buat, Menu Pembangkit Selera.

Resepi Ikan Bilis Masak Asam, Sedap & Rangup Walau Dah Masak Lama

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI