Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai. Pedas Tapi Sedap

Share

Resipi kerabu kaki ayam ala Thai. Pedas tapi sedap. Bagi yang menggemari kaki ayam, bolehlah cuba resipi ini.

Kata orang, makan kaki ayam ni awet muda? Betul ke? Selalunya buat sup kan? Tapi kali ini cuba buat kerabu ala Thai ni pulak. Boleh jadi ‘ketagih’ dibuatnya.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Dapur Shai Anne ini ye. Yang penting, pastikan bersihkan kaki ayam itu elok-elok. Buang kuku jarinya. Ratah boleh, nak makan dengan nasi putih panas-panas pun memang ngam habis!

Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai

Bahan-bahan:

500gm kaki ayam

1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini

Sebatang serai (ketuk) – boleh beli online di sini

Cili padi merah & hijau – boleh beli online di sini

1 biji tomato (belah 6)

2 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini

½ bunga kantan (racik)

20gm kacang panjang (hiris)

100gm daun ketumbar (hiris)

1 biji limau nipis (ambil airnya) – boleh beli online di sini

Sesudu besar gula – boleh beli online di sini

Sedikit jus limau nipis

Kicap sotong

Sos pencicah thai

Air

Cara Mamasak:

 Rebuskan kaki ayam selama 15 minit. Angkat dan toskan.

Dalam satu bekas, masukkan serai, cili padi merah dan hijau, hirisan tomato, perahan limau nipis, bawang merah, bunga kantan, kacang panjang dan daun ketumbar.  Gaul rata.

Tambahkan jus limau nipis dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kerabu Kaki Ayam siap dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa