Kerabu Mangga Telur ni boleh buat anda tidak duduk diam. Lihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk buat orang yang melihatnya terliur. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Norraihan Ismail ini.
Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.
Kerabu suhun memang sangat mudah cara penyediaannya, tak perlu pun masak berjam-jam hanya perbanyakkan menggaul bahan sehingga sebati segala bahannya dan dah siap! Sesuai sangat resipi kerabu suhun ni untuk orang yang sukakan menu ringkas tapi sedap. Resipi Kerabu Suhun yang dikongsikan oleh Cik Ning Haniey di Facebook ada menggunakan kerang dan sotong dalam penyediaan Kerabu Suhun ni memang sangat istimewa rasanya. Jom kita cuba resipi Kerabu Suhun ni.
RESIPI KERABU SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Kobis jepun
Lobak merah
Jus limau nipis
Bawang merah
Cili padi merah/hijau
Kerang
Sotong
Suhun
Gula
Garam
Perisa
Cuka
Kicap
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bekas yang sesuai untuk menggaul kesemua bahan.
Masukkan garam, gula, cuka, dan kicap mengikut selera masing-masing.
Masukkan bahan lain seperti lobak merah, cili, bawang, sedikit jus perahan limau nipis, sotong (direbus), dan kerang (direbus) boleh cuba rasa dahulu dan tambah apa yang patut jika kurang rasa.
Masukkan suhun yang telah dicelur gaul sehingga sebati dan serasi.
Sambal dan kerabu memang merangsang selera. Kadang-kadang nasi panas dengan dua jenis sajian ringkas ini sahaja sudah cukup menjadikan hidangan cukup menyelerakan.
Tahan lama pulak tu. Buat lebih nanti boleh simpan dalam peti sejuk. Ok jom tengok resipi yang dikongsi dari Hotel Pearl KL dan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Mudah sangat .
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak: 5 minit Cara memasak :Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 3- 4 orang Masa memasak :15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
3. KERABU DIY MANGGA
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda /dihiris
1 batang lobak merah /dihiris
1 batang timun /dihiris
10 tangkai cili padi/ hiris halus
1 biji bawang merah /dimayang nipis
1 biji jus limau nipis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
10 gm suhu /direndam lembut
Sedikit udang kering
Sedikit kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Gaul dan di saji mentah Jenis masakan : Kerabu Keistimewaan :Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
4. KERABU DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging/direbus sampai lembut
1 biji bawang besar/dihiris
1 batang serai /dihiris nipis
1 biji tomato /dihiris nipis
5-7 biji cili padi /dihiris nipis
2 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis/perah jusnya
3 helai daun limau purut /dihiris halus
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.