Resipi Kerang Tumis Cili & Daun Bawang Lazat!

Share

Menu kerang ni pelbagai. Ia boleh direbus, dimasak tumis, dibakar, masak kicap dan banyak lagi. Bagi anda yang nak makan lauk kerang yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsikan ini perlu anda cuba. Sedap!

 

KERANG TUMIS CILI DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kerang | bersih dan toskan
  • 1 cawan hirisan daun bawang
  • 10 biji cili padi  | hiris memanjang
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia | hiris memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. P anaskan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan kerang, kacau rata.
  3. Apabila kerang sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau seketika kemudian tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:   Jika tidak ada cili padi, boleh tukar dengan pes cili kering.

 

ANDA MUNGKIN SUKA:

Published by
Nur