Resipi Kerepek Bayam Brazil Crispy Tak Cukup Sebalang

Share

Kalau dah buntu nak buat stok snek apa di rumah, boleh cuba resipi Kerepek Bayam Brazil Crispy ni nanti. Sangat mudah dan ringkas sahaja resipi penyediaan nak buat Kerepek Bayam Brazil ni.

Resipi penuh telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di Facebook. Jangan lupa buat lebih tau kerepek ni, sebab gerenti tak cukup sebalang.

 

KEREPEK BAYAM BRAZIL CRISPY

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ikat bayam brazil
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung bestari
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • Air (anggaran pekat adunan)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cuci bersih daun bayam brazil dan toskan airnya sehingga kering. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan ketiga-tiga jenis tepung dan gaul rata-rata.
  3. Masukkan telur, air dan gaul sehingga rata.
  4. Panaskan minyak, celup bayam brazil dalam adunan tepung, gaul-gaul rata supaya bayam brazil bersalut dengan tepung.
  5. Goreng hingga keperangan. Kacau sekali sekala untuk elakkan ia hangus.
  6. Setelah nampak ia garing, angkat dan toskan sebelum dimasukkan ke dalam tupperware.

Kredit: Rozmaliza Omar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid