Kerepek Gunting adalaha antara snek tradisional yang ramai peminatnya. Sesuai sangatlah dengan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang ni. Anda boleh sajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Malah, kalau nak buat kudap-kudap lepas terawih pun sedap! Menurut Haniza Angah Ija, ni adalah resipi mak mertuanya. Mesti best! Jom cuba.
RESIPI KEREPEK GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 10 tangkai cili kering (*)
- 2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
- 1/2 sudu kecil jintan manis (*)
- 1/2 sudu kecil jintan putih (*)
- Secubit garam
- 2 sudu besar minyak masak
- 120ml air – campurkan sikit-sikit masa menguli
- Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
- Minyak untuk menggoreng
(* dikisar)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.
3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal. ( adunan akan jadi macam doh karipap)
5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.
6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.
7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.
8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.
9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
TIP RASA: Untuk kuih yang kekal rangup, pastikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Haniza Angah Ija
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI