Sedap Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!

RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina

BAHAN-BAHAN:

Ngaku/ Arrowhead beli online disini
Minyak masakbeli online disini
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Jangan buang tangkainya.Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.Masukkan sedikit garam.
3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.Goreng dengan keadaan minyak terendam.

Ads

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina

INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.

Kredit resipi & foto: Lina Wanadee

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Ads

Resipi Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Simple, Garing & Sedap

Begini Cara Masak Terung Goreng Rangup Yang Sedap & Crispy

Resipi Telur Sambal Cili Kering Lauk Ringkas Paling Sedap

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI