Makan

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina

Share

Sedap Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee

ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!

RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Ngaku/ Arrowhead beli online disini
Minyak masakbeli online disini
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Jangan buang tangkainya.Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.

2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.Masukkan sedikit garam.
3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.Goreng dengan keadaan minyak terendam.

4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.

INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.

Kredit resipi & foto: Lina Wanadee

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur