Bagi yang rindu nak makan keropok lekor homemade yang sedap dan segar, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Noriah Abdullah ni. Hanya 4 bahan diperlukan dan sangat mudah. Ada resipi sos pencicah juga. Selamat mencuba!

 

CARA BUAT KEROPOK LEKOR HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan selayang (dibuang tulang) – ikan selayang juga dikenali dengan nama ikan sardin
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 4 sudu besar garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur dan sebati.

Resipi Keropok Lekor Homemade & Sos Pencicah Sedap.

IKLAN

2. Gentel doh membentuk bentuk keropok lekor. Saiz ikut citarasa.

Resipi Keropok Lekor Homemade & Sos Pencicah Sedap.

3. Didihkan air dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan airnya.

Resipi Keropok Lekor Homemade & Sos Pencicah Sedap.

IKLAN

4. Boleh dinikmati secara rebus atau digoreng.

 

BAHAN SOS PENCICAH:

Resipi Keropok Lekor Homemade & Sos Pencicah Sedap.

IKLAN
  • 400gm cili kering yang dikisar
  • 1/2 kg gula
  • 1/2 botol cuka

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut.
  2. Setelah sos kelihatan sedikit pekat, padamkan api dan sejukkan.
  3. Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

 

Kredit resipi & foto: Noriah Abdullah

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:

Corn Dog Snek Mudah Dan Ringkas

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI