
Resipi ketam masak kam heong, kalau selalu kita dengar ayam masak kam heong, kali ini jom cuba pula dengan ketam. Hidangan popular di restoran Cina Muslim ini memang terkenal dengan rasa berempah, pedas, manis dan beraroma daun kari.
Kalau makan di luar harga boleh tahan mahal, jadi lebih jimat kalau masak sendiri di rumah.
Menu ini bukan saja menyelerakan, tapi kuahnya yang pekat penuh rasa memang padu dimakan bersama nasi putih panas. Lauk ini sesuai sangat kalau mahu sediakan hidangan yang istimewa meraikan famili.
Resipi Ketam Masak Kam Heong

Bahan-Bahan
4 ekor ketam – dibersihkan, gaul kunyit & garam, goreng sekejap
3 ulas bawang putih – ditumbuk/dititik
1 biji bawang besar – dihiris
½ paket serbuk kari ketam (jika ketam lebih boleh guna 1 paket kecil)
Udang kering – direndam air panas, tumbuk kasar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya
1 sudu makan gula
Cili padi – ikut tahap pedas
Daun sup & daun bawang secukupnya

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, goreng ketam yang sudah digaul kunyit dan garam sekejap. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak gorengan tadi. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
3.Masukkan serbuk kari ketam, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk kasar. Kacau rata.
5. Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap dan gula. Gaul sebati.
6. Masukkan cili padi, diikuti ketam goreng tadi. Gaul rata hingga ketam bersalut kuah.
7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.
Tip
- Lebih sedap kalau gunakan ketam bunga atau ketam nipah yang segar.
- Jika suka rasa lebih berlemak, boleh tambah sedikit susu cair atau santan pekat semasa menumis.
- Udang kering jangan dikisar terlalu halus, biarkan kasar supaya teksturnya lebih terasa.
Kredit Resipi & Foto: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siput Sedut , Sotong, Ketam & Udang Sedap, 4 Resipi Terbaik Dari Chef Asma

Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.

.
Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING

.
BAHAN-BAHAN
- 1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
- 1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
- 2 biji kelapa | santan secukupnya
- 1 batang serai | diketuk
- 1 helai daun kunyit | dicarik
- 2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 5 biji bawang merah
- 10 biji cili padi
- 2sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
- Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
- Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
- Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
- Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
- Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH

.
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg sotong
- 1 biji tomato | di potong kiub
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji limau kasturi
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan cili kering mesin
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya menumis
Bahan dihiris :
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2.5sm halia
Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
- Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
- Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
- Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
- Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI

.
BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor ketam | saiz sederhana
- 2 sudu makan sos cili
- 5 biji cili merah | dikisar
- 2.5sm halia | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 1 sudu makan madu
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK :
- Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
- Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
- Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
- Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
- Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI

.
BAHAN-BAHAN :
- 12 ekor udang | saiz XXL
- 1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
- 1 helai kunyit hidup | dicarik
- 500ml santan dan air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
- 5 ulas bawang merah
- 2.5sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
- Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my
10 Resipi Sajian Barat Popular Yang Enak Dinikmati Tanpa Nasi. Rugi Kalau Tak Cuba Hujung Minggu Ini.

Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak bila tiba hari cuti hujung minggu. Tak naklah berulang memasak juadah yang sama seperti hari biasa. Sesekali teringin juga masak sesuatu yang istimewa. Nah, 10 resipi citarasa Mat Salleh yang boleh anda masak secara homemade. Jangan risau, semuanya ringkas dan mudah disediakan. Paling penting, rasanya dijamin lazat! Selamat mencuba.
1. SHEPERD PIE DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu |dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet |direbus empuk
- 2 biji bawang besar |dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu |mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah |potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri |potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar |dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
- Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
- Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
- Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
- Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
2. LASAGNA

BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri |panggang dan dikisar
- 2 biji tomato |panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
- Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
- Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
- Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
- Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
- Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
- Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
- Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
3. AYAM PANGGANG KETUHAR

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
4. AGLIO E OLIO

BAHAN- BAHAN:
- 70gm spageti |rebus dan toskan
- 2 ulas bawang putih
- 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
- 4-5 ekor udang | buang kulit
- 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
- 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
- 1 sudu teh herba cajun
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 4 biji buah zaitun hitam jeruk
- 1 sudu teh ikan bilis
- Lada hitam dan garam secukupnya
- Sedikit air untuk melembapkan
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air.
- Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
- Hidangkan dengan serbuk keju parmesan dan lemon jika suka.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus.
5. CHICKEN ROULADE

BAHAN – BAHAN:
- 1 keping dada ayam
- 50gm serbuk roti
- Tali untuk mengikat
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan madu
- 2 tangkai herba thymes
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SOS:
- 2 ulas bawang merah | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 helai daun bay
- 3 sudu makan mentega
- 300ml susu
- 3 keping keju cheddar
- 1 sudu teh keju parmesan
- 2 sudu makan roux
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ketuk dada ayam bagi menipiskan dan memudahkan proses menggulung dan mengikat. Lumur bahan perapan dan biarkan seketika.
- Letakkan serbuk roti pada ayam dan gulung ayam dengan kemas. Ikat dada ayam supaya serbuk roti tidak keluar.
- Bakar ayam dengan suhu 180C selama 30 minit.
- Untuk menghasilkan sos, cairkan mentega dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan susu dan daun bay.
- Setelah sedikit mendidih, masukkan keju cheddar dan parmesan.
- Pekatkan sos dengan sedikit roux dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
- Sedia dihidangkan bersama ayam tadi.
Info chef: Roux adalah campuran mentega cair dan tepung yang dipanaskan sehingga menjadi bahan pemekat.
6. AYAM PANGGANG MADU

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ayam | dibersihkan
BAHAN PERAPAN:
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 1 tangkai daun thymes
- 1 tangkai rosemary
- Sedikit oregano
- 1sudu teh serbuk paprika
- 3 sudu makan madu
- 1 biji jus lemon
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS MADU LEMON:
- 3 sudu makan minyak jagung
- 2 sudu makan madu
- 1 biji jus lemon
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang 1/2 hari.
- Panggang ayam dengan api yang perlahan lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan jadikan seperti vinaigrette.
- Hidangkan bersama ayam panggang madu tadi.
Info chef: Sebaiknya guna ayam bahagian paha kerana ia cepat masak dan lebih berjus
7. AYAM STEW TOMATO SAYURAN

BAHAN-BAHAN:
- 300 gm isi ayam | dipotong kiub
- 50gm lobak merah | dipotong kiub
- 50gm epal hijau | dipotong kiub
- 1 biji bawang besar Holland | dipotong kiub
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/3 sudu teh herba thyme
- 5 biji cendawan butang
- 1 biji tomato | dipotong kiub
- 3 sudu makan puri tomato
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar Holland dan bawang putih. Setelah naik bau masukkan puri tomato.
- Kemudian masukkan lobak merah, epal hijau, cendawan, tomato dan herba thyme.
- Masukkan sedikit air dan tambahkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam masak.
- Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh dimakan bersama roti atau nasi.
8. SALMON GRIL BERSAMA SOS MENTEGA LEMON

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping stik salmon
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- Herba dill dan thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
- 250gm mentega
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- Sedikit herba thyme
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan salmon dan perap dengan bahan perapan selama 20 minit.
- Gril salmon lebih kurang 15 minit sehingga ikan masak.
- Bagi menghasilkan sos, panaskan mentega dengan api perlahan.
- Masukkan herba dan jus perahan lemon. Kacau sebati.
- Padamkan api dan perasakan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama salmon.
Info chef: Gril ikan pada bahagian kulit terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang garing
9. UDANG BAKAR KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar
- 100gm keju mozzarella
- 50gm keju cheddar
- 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan jus lemon
- Herba thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
- Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
- Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
Info chef: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
10. KETAM SUMBAT BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ketam | kukus dan ambil isi. Kulitnya disimpan
- 1 labu bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 1/2 biji tomato | potong dadu
- 1 pokok daun bawang | hiris
- 2 tangkai daun parsley | cincang halus
- 100 ml santan pekat
- 1 sudu besar serbuk roti
- 1 sudu teh keju parmesan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit garam | jika perlu
- Sedikit minyak carotino untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan tomato, isi ketam, daun parsli, serbuk lada hitam, garam dan santan.
- Kacau sebati sehingga agak kering. Tutupkan api.
- Masukkan isi ketam itu ke dalam cengkerang ketam tadi sehingga penuh.
- Satukan serbuk keju parmesan dan serbuk roti taburkan di atas ketam.
- Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 100 celcius.
INFO CHEF: Selain dibakar, hidangan ini juga boleh dikukus.
5 Resipi Ketam Yang Umpph! Pasti Menjilat Jari

Sekali sekala kita melayan tekak ala kayangan pula. Lima resipi masakan ketam yang memang tiada tandingnya.
Resipi yang mudah, cepat dan sedap dimasak. Sesuai untuk mak-mak yang mengejar masa nak selesaikan urusan kerja di rumah sambil menguruskan anak.
KETAM MASAK PEDAS ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
Ketam
1 batang serai | kisar sekali dengan bawang
10 keping daun limau purut – beli online di sini
Daun ketumbar
Cili api – beli online di sini
Bawang merah | kisar – beli online di sini
Bawang putih kisar – beli online di sini
Halia | kisar – beli online di sini
Asam keping – beli online di sini
2 sudu serbuk kari – beli online di sini
3 sudu cili giling – beli online di sini
2 sudu cili Thai (boleh guna kiub tomyam maggi)
Gula dan garam
CARA MEMASAK:
1.Rebus ketam terlebih dahulu. Tetapi air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti.
2. Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar dan serai shingga naik bau.
3. Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian pes cili Thai.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air rebusan ketam tadi ikut suka banyak mana. Selepas itu, masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tutup periuk. Biar bau dan rasa masakan tadi sebati
Kredit resipi : Mahfuzah Amin
KETAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | disiang dan bersihkan
Cili api (letak ikut tahap kepedasan masing-masing) – beli online di sini
2 inci kunyit hidup (yang lebarnya kecik)
400ml santan kotak kara – beli online di sini
3 sudu makan pasti sedap knorr
1 keping asam keping – beli online di sini
1 helai daun kunyit | hiris nipis
1/2 biji nenas | potong kecil-kecil – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan santan hingga lumat.
2. Masukkan dalam periuk dan masak atas api sehingga hampir mendidih dengan guna api sederhana.
3. Masukkan ketam dan semua baki bahan lain. Perasakan.
4. Bila ketam sudah masak, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi : Rosmanita Elin
KETAM MASAK TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ketam
3 biji telur masin | direbus dan dihancurkan
4 ulas bawang putih | dicincang halus – beli online di sini
5 biji cili padi (kalau nak pedas lagi boleh tambah) – beli online di sini
2 tangkai daun kari (boleh tambah kalau rasa tak cukup) – beli online di sini
½ cawan susu cair – beli online di sini
Secubit gula
2 sudu mentega – beli online di sini
3 sudu minyak masak – beli online di sini
*3 sudu tepung jagung, garam secubit dan serbuk lada sulah secubit (gaul sebati)
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula, gaulkan ketam dengan tepung jagung, secbut garam dan serbuk lada sulah. Selepas itu, terus goreng sampai masak.
2. Kemudian, panaskan minyak. Masukkan mentega, bawang,daun kari dan cili. Kacau hingga naik bau. Kemudian, masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
3. Masukkan susu cair. Kacau lagi terus masukkan ketam. Gaul cepat-cepat biar telur tadi bersalut dekat ketam. Gaul sampai susu tadi sudah sebati. Lepas itu tambah gula sikit. Tutup api, hidangkan.
# jangan tambah garam dalam hidangan kalau telur dah betul masin. Takut nantu terlebih masin.
Kredit resipi : Ieja Mohamad Rejab
GULAI KETAM TUMIS DARAT

BAHAN A
2 ulas bawang putih – beli online di sini
3 biji bawang merah – beli online di sini
1/2 paket 25g rempah kari daging babas
1 biji nenas masak
4-5 ekor ketam
1 cawan air
BAHAN B
Santan rm1
Garam kasar
BAHAN C
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3 helai daun kari – beli online di sini
1 sudu besar halba campur – beli online di sini
CARA MASAK:
1.(bahan A) Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis dalam periuk. Masukkan nenas, rempah kari dan air. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan ketam dan tutup periuk. Biarkan sehingga bagi rempah dan ketam betul-betul masak sebati.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan B. Masak sebentar lagi sambil kacau tetapi jangan bagi santan pecah minyak. Tutup api.
4. Dalam kuali, masuk minyak masak dalam 2 senduk. Tumis bahan C sehingga naik baik. Kemudian, tuang semua bahan C sekali dengan minyak ke dalam gulai tadi. Tutup periuk. Selamat mencub.a
Kredit resipi : Zuraida Shaari
KETAM MASAK KAM HEONG

BAHAN-BAHAN:
3-4ekor ketam
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini
3 tangkai daun kari – beli online di sini
5 tangkai cili padi merah
2 sudu makan rempah kari – beli online di sini
Sedikit udang kering | ditumbuk – beli online di sini
2-3 sudu makan sos tiram – beli online di sini
2-3 sudu makan kicap manis – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk tumis
CARA MASAK:
1. Goreng ketam separuh masak dulu.
2.Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan daun kari hingga baik bau.
3.Masukkan bancuhan rempah kari dan udang kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4.Masukkan kicap dan sos tiram. Tambah sedikit air untuk lebihkan kuah. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Bila kuah dah sedap ikut selera, masukkan ketam dan gaul rata dengan kuah. Biarkan sampai ketam betul-betul masak. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi : Nisa Liyana
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Patutlah Anak Suka. Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap
Resipi Udang Butter Milk Simple Gilerr, Sedap Hingga Menjilat Jari
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

