Sedapnya Ketam Sambal Telur Pecah perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ketam segar memang sangat enak dimasak bermacam cara. Bila dapat ketam isi padat, memang sedap dimasak lemak atau kari. Tapi tak kurang enaknya kalau masak sambal pecah telur begini. Memang terasa kemanisan isinya. Memang sedap dimakan bersama nasi atau dicicah dengan roti.
CARA MASAK KETAM SAMBAL TELUR PECAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 kg ketam – dicuci bersih
10 ulas bawang putih – cincang – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
2 cm halia – cincang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan serai. Tumis dan biarkan aromanya naik. Masukkan halia dan bawang putih.
2. Apabila telah kelihatan sedikit keperangan kemudian masukkan bawang besar. Masak seketika.
3. Seterusnya masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub pati ayam dan tomato. Biarkan ianya masak seketika.
5. Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan ketam dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ketam masak dengan sempurna menggunakan api sederhana. Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi. Biarkan kerana nanti air ketam akan keluarkan sendiri.
7. Apabila sudah masak, masukkan telur dan gaul rata sehingga telur masak.
8. Tutup api dan Ketam Sambal Telur Pecah siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/shogun-millennia-28-x-95cm-45l-stir-fry-wok-with-lid-tritanium-dura-non-stick-ih-20170296?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Shogun Millennia Stir Fry Wok with Lid [/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official