Makan

Resipi Ketam Telur Masin Mentega Yang Mudah & Menyelerakan

Share

Hari pertama berpuasa ni mesti asyik berfikir je menu apa yang nak dimasak balik kerja nanti. Apa kata masak Ketam Telur Masin Mentega ni. Mudah saja cara nak membuatnya. Campak-campak dah menjadi. Ada gabungan rasa manis, masin, lemak dan pedas yang tak jemu dimakan. Lebih enak bila menggunakan Anchor Unsalted Butter kerana mentega ini diperbuat daripada 100% susu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput segar. Memang sedap hingga menjilat jari. Jom cuba.

KETAM TELUR MASIN MENTEGA

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam saiz medium – belah dua
  • 4 sudu makan serbuk telur masin
  • 120gram Anchor Unsalted Butter
  • 6 biji cili padi – hiris kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukupnya

Cara Memasak:

  1. Ketam yang telah dibersihkan ditabur dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan serbuk telur masin, cili padi, daun kari dan gula lalu kacau rata.
  3. Masukkan ketam yang telah digoreng lalu kaup-balikkan sebati.
  4. Sesuaikan rasanya dengan menambah sedikit garam (jika perlu).

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma