Rasa ketupat sotong yang lemak manis memang selalu menjadi bualan bagi peminat hidangan dari Pantai Timur ini. Jadi, untuk hidangan berbuka puasa nanti, bolehlah cuba buat sendiri ketupat sotong. Gabungan lemak santan dan manis gula melaka dimakan dengan pulut yang disumbat dalam sotong, memang mengasyikkan.
Ads
KETUPAT SOTONG
Bahan-bahan
1/2 cawan beras pulut (rendam sejam tambah garam dan santan sedikit)
400 gram sotong (dapat la dalam 9 ekor sotong kecik)
400 gram santan
Sesudu kecil halba
Daun pandan
Gula melaka
Bahan Hiris
Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1 inci halia
Ads
Cara membuat
1. Isi pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Isi 3/4 penuh sahaja. (Sotong mudah pecah jika penuh).
2. Tutup balik sotong tu dengan kepalanya dan cucuk sotong macam dalam gambar.
3. Susun sotong tadi di dalam periuk. Campurkan bersama santan, halba dan bahan hiris. Tambah daun pandan.
4. Panaskan dengan api perlahan sampai sotong masak (dalam 35 minit). Kemudian masukkan garam dengan gula melaka.
5. Kacau-kacau sekejap. Siap.
Tengah cuti ni best jugak kalau buat biskut, kudapan sedap dimakan masa menonton tv. Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.
Tapi kini dengan pelbagai biskut moden dengan nama omputih yang canggih, biskut ni dah mula dilupai. Min sukakan teksturnya yang rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB: Resepi Biskut Raya Sedap.
BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil
CARA MEMASAK :: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )
Jika bertandang ke Indonesia, bakwan ini biasa menjadi hidangan sarapan atau minum petang. Ianya seakan-akan cucur udang, tetapi lebih banyak diletakkan sayur-sayuran. Rasanya rangup, enak dimakan bersama sos cili ataupun sos pencicah yang dibuat sendiri.
Ikuti perkongsian resipi bakwan rangup di luar namun lembut di dalam oleh Siti Khajar ini. Resipi ini versi olahannya sendiri. Jom kita buat.
Bahulu, antara kuih tradisi yang masih mendapat sambutan. Sama ada untuk makan ataupun dijadikan sebagai goodiespada majlis kahwin, bahulu memang sedap dimakan.
Tetapi untuk menghasilkan bahulu yang menjadi dengan cantik dan lembut, tidak semudah yang disangkakan.
Menerusi perkongsian daripada Sakinah Zulkefle ini, petuanya ialah menggunakan sukatan bahan yang betul. Malah bekas pun kena guna yang sama tau.
PETUA:
1. Pastikan guna tepung 1kg sahaja, bukan 850gm. Contoh tepung boleh refer di gambar. Saya guna cap kompang dan tank biru (1kg). Tank hijau 850gm TAK BOLEH guna ya, punca bahulu tak jadi. Boleh juga cuba tepung-tepung sekilo yang lain, bergantung pada harga di tempat masing-masing. 2. Gula pastikan TAK BASAH (kadang-kadang kan kita beli ada yang nampak lembab. Jadi punca bahulu bantat). Saya selesa guna gula prai/hijau. CSR boleh juga tapi pernah terbeli yang lembab, bahulu tak jadi.
BAHULU
BAHAN-BAHAN:
(pastikan semua mangkuk yang sama. Contoh kalau guna mangkuk taufufa, pastikan semua bahan gunakan sukatan mangkuk yang sama)
1 ½ mangkuk tepung gandum (saya TAK SANGAI, tapi kalau nak sangai pun boleh) – beli online di sini 1 mangkuk gula – beli online di sini 1 mangkuk telur saiz A @ B
1. Putar telur dan gula dalam seminit, agak-agak gula hancur. 2. Biarkan seketika dalam 2-3 minit kemudian putar semula sehingga gula dan telur kembang (anggaran 8-10 minit). 3. Panaskan acuan dalam tempoh yang sama ketika putar telur dan gula buat kali kedua (anggaran 8-10 minit juga/pastikan acuan dipanaskan dengan baik. Jika tidak nanti tepung melekat pada acuan).
4. Hentikan mixer untuk letak tepung. Kemudian putar semula tepung untuk sebatikan dengan gula dan telur sambil kacau dengan senduk. Tak perlu terlalu lama nanti adunan bantat. 5. Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan. Isi adunan tepung ke dalam acuan. 6. Bakar bahulu selama 8-10 minit atau ikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan suhu 180°C dan api atas bawah.
7. Pastikan setiap kali nak letak adunan ke acuan, sapu minyak terlebih dahulu. Bukan sekali sapuan pada mula-mula sahaja. 8. Untuk basuhan acuan, pastikan acuan betul-betul sejuk baru diletakkan air atau terus basuh setelah acuan sejuk agar acuan tidak melekat untuk kegunaan masa hadapan.