Resipi ketupat sotong Terengganu versi puan Zaini mungkin berbeza dengan cara orang lain. Tapi menurutnya, ia merupakan resipi turun temurun daripada arwah maknya.
Bagi peminat ketupat sotong, bolehlah cuba versi ini pula ye. Katanya macam nak buat lemang.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Zaini Ibrahim ini. Gerenti tak menyesal!
Siang sotong dan bersihkan. Kulitnya juga dibuang ye. Cuci bersih-bersih dan toskan.
Sambil itu dalam satu bekas, sediakan beras pulut untuk diisi dalam sotong nannti. Masukkan santan sikit dan garam dalam beras pulut tu. Gaul sekata.
Ads
Masukkan beras pulut tadi ke dalam badan sotong. Tapi jangan terlalu banyak. Sekadarnya. Selepas itu masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan sepit dengan lidi/ pencucuk gigi.
Kemudian rebus sotong yang dah disumbat beras pulut itu dan letak sehelai daun pandan untuk menghidangkan hanyir sotong dan baunya wangi.
Bila sotong dah padat sebab pulut dah masak, toreh badan dia supaya nampak pulut dah masak ke dalam.
Agak-agak pulut dah masak, buang sikit air rebusan tadi dan bubuh santan. Selepas letak santan, masukkan serai, halba, asam keping, garam dan gula.
Seimbangkan rasanya. Seeloknya ketika masak tu biar kuah lebih tinggi daripada sotong. Tapi bergantung pada masing-masing sama ada nak kuah lebih atau tak. Siap!
Setiap kali teringin nak makan rojak/passembur mamak, mesti kita akan keluar pergi ke kedai kan? Tapi kadang-kadang rasanya tidak seperti yang kita inginkan. Ada kuah rojak yang cair, malah ada yang terlebih pekat. Jadi, rasanya lebih baik jika kita buat sendiri di rumah.
Selalunya terdapat 2 perkara penting dalam rojak/passembur mamak ni iaitu kuah dan bahan cucurnya. Cucur pula terdapat 3 jenis, cucur udang, cucur kelapa dan cucur beras atau kerepek serta disertai dengan bahan-bahan lain. Semuanya bergantung kepada bajet dan citarasa masing-masing.
Resipi Rojak/Pasembor Mamak
BAHAN-BAHAN (ROJAK)
Sengkuang dihiris nipis memanjang
Timun dihiris nipis memanjang
Taugeh dicelur sedikit
Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
Kentang direbus dan dipotong
Telur rebus
Cucur kelapa dipotong
Cucur naik dipotong
Cucur beras dipatah dan ditabur atas
Bawang goreng ditabur atas
CUCUR KELAPA
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepun gandum
1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
Bawang kecil di mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit sodium bicarbonate
CARA PENYEDIAAN
Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas.
CUCUR NAIK
1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
Taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
CUCUR BERAS ATAU KEREPEK
250gm tepung beras
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topioca flour)
Minyak untuk goreng
BAHAN-BAHAN PERENCAH (DIKISAR)
5 ulas bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur.
50 ml santan cair.
Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.
kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
2-3 bawang besar digoreng layu.
Gula dan garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Masukkan garam secukup rasa.
Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh.
Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
Kurma atau tamar adalah sejenis buah di tanah Arab. Selain dimakan begitu sahaja, kurma juga sedap jika dijadikan sebagai bahan pelengkap dalam resipi biskut.
Melalui facebook, Samsiah Hj Mat Ali berkongsi resipi membuat biskut mentega kurma yang kelihatan amat sedap. Jom kita cuba resipinya yang boleh dikatakan mudah juga untuk diikuti.
Jom kita lihat resipinya.
BISKUT MENTEGA KURMA
BAHAN-BAHAN
100 gram kurma
125 gram mentega
40 gram gula perang
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum
Bahan-bahan ini boleh dapat 34 biji biskut.
CARA MEMBUAT
1. Potong kurma mecil-kecil. Buang bijinya. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan mentega, gula perang dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung beras, serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung gandum. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
4. Masukkan kurma tadi. Gaul lagi.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Kemudian, ambil sejemput menggunakan sudu. Letakkan di atas dulang pembakar. Buat sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 140 darjah selsius selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
8. Siap!