Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
- 1 liter air
- 6 ulas bawang putih -ditumbuk
- 1 kiub pati ayam
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat
- 10 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
- Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
- 100gm pes cili
- 1 genggam udang kering – bersihkan
- 1 labu bawang putih
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
- Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang putih
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
- Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan minyak bawang putih
- 1 sudu makan pes cili
- 1 senduk kuah kicap
- Udang secukupnya – dibersihkan
- Tauge & kucai secukupnya
- Kuetiau halus
- Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
- Masukkan pes cili. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
- Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
- Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
- Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
- Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Kredit resipi & foto: Azrina Surono
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Pasta Tidak Menjemukan
Bosan kan asyik makan hidangan yang sama? Haa sekali-sekala kita tukar kepada menu masakan Barat pula. Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat!
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm spageti
- 15 biji bawang putih |dicincang halus
- 5gm chili flakes
- 5gm serbuk parsli
- 60gm minyak zaitun |untuk menumis
- 30gm serbuk lada hitam
- 8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
- Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
- Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
- Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
- Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
- Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Jemu Dengan Hidangan Nasi? Ini Dia 13 Aneka Resipi Mi & Bihun Yang Boleh Korang Cuba!
Kebiasaannya, setelah jemu dengan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti mi dan bihun menjadi pilihan. Di sini dikongsikan 13 jenis hidangan menarik berasaskan mi dan bihun yang korang boleh cuba!
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 paket mi kuning
- 40gm bawang merah kisar
- 50gm bawang putih kisar
- 20gm cili boh
- 30gm kuah kacang segera
- 100gm bebola ikan hiris
- 100gm fish cake | hiris
- 100gm isi ayam potong dadu
- 1kg udang
- 5 keping tauhu | goreng hiris nipis
- 3 biji telur
- 100gm tauge
- 2kg sawi | potong
- Minyak masak secukupnya
RESIPI KUAH KACANG:
- 300gm kacang tanah
- 500gm bawang merah kisar
- 300gm bawang putih kisar
- 30gm udang kering
- 500gm cili boh
- 3 liter air
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
- Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
- Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
- Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
- Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
- Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
- Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
- Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
INFO CHEF : Boleh dimakan bersama cili padi potong jika mahu lebih pedas.
CHAR KUEY TEOW
BAHAN-BAHAN:
- 4 paket kuey teow
- 1kg udang
- 300gm bawang putih kisar
- 500gm cili boh
- 30ml kicap cair
- 20gm lada putih
- 10 biji telur
- 300gm tauge
- 150gm kucai
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuey teow untuk digaul bersama.
- Semasa gaul, pastikan kuey teow tidak melekat antara suatu sama lain.
- Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
- Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuey teow.
- Masukkan kucai dan tauge.
- Hidangan siap dihidangkan.
INFO CHEF : Satu kg kuey teow boleh dimakan untuk 10 orang.
MI KARI LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning | celur
- 5 liter air
- 3gm bunga lawang
- 2gm biji pelaga
- 2gm kayu manis
- 200gm bawang merah kisar
- 50gm bawang putih kisar
- 200gm sebuk kari daging
- 2 batang serai | ketuk
- 8 helai daun kari
- 2kg santan
- 2 batang bunga kantan | belah dua
- 2 ikat daun kesum
- 10gm bebola ikan
- 10gm fish cake
- 1kg isi ayam
- 50gm tauge | celur
- 1kg sawi | celur
- 8 biji telur rebus
- 40gm cili merah | hiris
- Sedikit hirisan cili merah
- 10 biji limau kasturi
- 10ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan tiga rempah sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
- Setelah itu tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
- Masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan air, daun kesum,bunga kantan dan serai. Biarkan mendidih selama lima minit.
- Masukkan santan dan biarkan ia mereneh.
- Masukkan pula bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
- Biarkan mendidih sehingga semua sebati.
- Untuk menghidang, masukkan mi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan tauge, sawi, hirisan cili merah dan telur rebus.
INFO CHEF : 1kg mi boleh dimakan antara 10-12 orang. Boleh juga diperah sedikit limau ketika hendak makan.
MEE SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning | celur
- 5 liter air
- 2gm bunga lawang
- 5 helai daun limau purut |kisar
- 2gm biji pelaga
- 2gm kulit kayu manis
- 200gm bawang merah |kisar
- 100gm bawang putih |kisar
- 5gm halia
- 2 paket rempah sup
- 2 batang serai | titik
- 20gm jintan manis
- 20gm jintan putih
- 5gm serbuk lada hitam
- 300gm isi ayam
- 30gm serbuk ketumbar
- 10ml minyak masak
- 400gm nasi impit | rebus
- 100gm bawang goreng | hiasan
- 10gm tauge | hiasan
- Sedikit hirisan cili merah | hirisan
SAMBAL KICAP CILI PADI:
- 20gm cili padi merah/cili api
- 5gm bawang putih
- 500ml kicap lemak manis
- 5ml air limau
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Biar mereneh dan tutup api.
- Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
- Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
Info chef:
- Mi soto enak dimakan dengan sambal kicap cili padi yang pedas.
- 1kg mi boleh dimakan antara 10-12 orang. Boleh juga diperah sedikit limau ketika hendak makan.
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
- 4kg bihun | rendam dan tos
- 10ml minyak masak
- 200gm bawang merah kisar
- 100gm bawang putih kisar
- 80gm lada putih
- 10gm lada hitam
- 500gm isi ayam potong dadu
- 1kg udang
- 200gm sotong
- 50gm lobak hiris panjang
- 10gm daun bawang hiris panjang
- 10 biji telur
- 10gm cili merah hiris
- Sedikit daun kucai | hiris
- Sedikit tauge
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
- Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
- Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
- Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
INFO CHEF : 1kg bihun boleh dimakan antara 12 orang.
MI LADNA
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning | celur
- 100gm halia kisar
- 30gm bawang putih kisar
- 400gm isi ayam
- 1kg sotong
- 500gm udang
- 1kg sawi
- 10 biji cili padi | belah dua
- 500gm lobak | hiris
- 2kg bunga kobis | potong
- 2 tin cendawan butang | hiris
- 5liter air
- 50ml sos tiram
- 5ml minyak bijan
- Sedikit tepung jagung
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
- Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
- Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
- Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
- Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
- Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh juga masukkan telur.
BIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 4kg bihun | celur
- Minyak masak secukupnya
UNTUK PES:
- 300gm bawang merah
- 200gm bawang putih
- 50gm cili merah
- 30gm cili kering
- 20gm lengkuas
- 5 batang serai | ketuk
- 8gm udang kering
- 15 helai daun limau purut
- 10gm belacan | bakar
- 30ml air asam jawa
- Gula dan garam secukupnya
- 5 liter air
BAHAN SUP TOM YAM:
- 500gm ayam
- 100gm udang
- 50gm sotong
- 15gm bawang besar hiris
- 10gm bawang putih hiris
- 10gm lengkuas
- 10 biji buah tomato | belah empat
- 20ml sos ikan
- 5ml limau nipis
- 10 biji cili padi | belah dua
- 15gm daun ketumbar | racik
- 150gm bunga kubis | potong
- 100gm lobak | potong
- 10 biji cendawan butang | hiris
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga menjadi pes tom yam.
- Masukkan air.
- Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
- Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.
INFO CHEF: Boleh tambah cili padi ketuk jika mahu lebih pedas.
MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning
- 300gm cili kering
- 500gm bawang merah kisar
- 50gm bawang putih kisar
- 50ml sos tiram
- 100ml sos cili
- 20gm udang kering kisar
- 1kg udang segar
- 5 liter stok daging
- 10 biji telur
- 2kg sawi |potong
- 200gm tauge
- 150gm bunga kubis | potong
- 20gm cili merah hiris
- 5 keping tauhu | goreng dan hiris
- 15 biji telur rebus | belah enam
- 10 biji limau kasturi |belah dua
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus udang kering bersama sedikit air. Angkat dan ketepikan. Air jangan buang.
- Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, cili sos kemudian masukkan air stok rebusan daging
- Masukkan udang dan daging, kacau seketika.
- Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih.
- Pecahkan telur untuk tambahkan rasa.
- Masukkan sayur-sayuran dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi yang telah dicelur.
- Boleh dihidangkan dengan potongan telur rebus, hirisan cili, limau kasturi dan tauhu goreng.
Info chef:
- 1kg mi untuk 10-12 orang makan.
- Boleh juga masukkan telur.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN
- 5kg mi kuning | celur
- 150gm bawang putih | kisar
- 300gm bawang merah | kisar
- 500gm isi ayam
- 300gm udang
- 50ml kicap pekat
- 20gm lada hitam
- 300ml sos tomato
- 350ml sos tiram
- 5 liter air
- 20gm cili merah | hiris nipis
- 400gm bawang goreng
- 6 biji telur
- 100gm bunga kubis | potong
- 300gm sawi | potong
- Sedikit tepung jagung
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
- Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
INFO CHEF : Boleh juga masukkan cili padi yang diketuk ke dalam kuah mi.
MI BAKSO
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning | celur
- 300gm bawang merah | kisar
- 500gm bawang putih | kisar
- 50gm halia kisar
- 10 helai daun limau purut | kisar
- 5 batang serai | kisar
- 5 liter air
- 100gm rempah sup
- 5 biji cili merah | hiris
- 50gm lada putih
- 20gm serbuk lada hitam
- 500gm bebola daging
- 100gm daun bawang | potong halus
- 50gm tauge
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
- Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
- Tambahkan garam secukup rasa.
- Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
INFO CHEF : Hidangkan bersama sambal kicap jika inginkan pedas. Boleh juga campurkan mi dan bihun.
MI REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning celur
- 40gm bawang putih | kisar
- 500gm bawang merah | kisar
- 5 batang serai | ketuk
- 20gm halia | kisar
- 10gm cili | kisar
- 50gm udang kering| kisar
- 100gm serbuk kari daging
- 500gm keledek | rebus dan lenyek
- 5 liter air rebusan daging
- 20gm garam
- 20gm gula
- 300gm tauge
- 50gm daun bawang
- 30gm cili merah hiris
- 20 keping tauhu goreng
- 15 biji telur rebus | potong enam
- 200gm bawang goreng
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar, rempah kari, cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.
- Masukkan keledek yang direbus tadi. Tambahkan air rebusan daging.
- Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
- Angkat dan hidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, cili hiris dan lain-lain.
INFO CHEF : Boleh juga diperahkan sedikit limau kasturi ketika hendak makan.
MI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 5kg mi kuning | celur
- 10kg udang
- 100gm bawang merah | kisar
- 200gm bawang putih | kisar
- 30gm halia | kisar
- 50gm cili kering | kisar
- 500gm sos cili
- 50gm sos tomato
- 500ml udang kering
- 5 liter stok udang
- 500gm bawang goreng
- 15 biji telur | rebus dan belah enam
- 10 biji tauhu goreng
- 50gm daun bawang | hiris
- 20gm cili merah | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, stok udang masak sehingga kuah mendidih.
- Kemudian masukkan udang, dan tambah garam secukup rasa.
- Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan bawang goreng dan bahan hiasan.
INFO CHEF : Boleh tambah sayuran lain jika anda gemar sayur-sayuran.
MEE KARI SIPUT LALA
BAHAN-BAHAN:
- 5 paket mi kuning | celur
- 5gm kulit kayu manis
- 3gm bunga lawang
- 2gm cengkih
- 2gm buah pelaga
- 15 helai daun kari
- 500gm bawang merah | kisar
- 30gm bawang putih | kisar
- 20gm halia | kisar
- 5 batang serai | kisar
- 100gm rempah kari ayam
- 5liter air
- 1kg siput lala
- 150gm bebola ikan
- 150g kek ikan
- 8gm asam gelugur
- 2kg santan pekat
- 1 tin susu cair
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari dan daun kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
- Kemudian tuang air. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula santan pekat, susu cair, bebola ikan, kek ikan, siput lala asam gelugur tambahkan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkan mi bersama bahan hiasan seperti telur rebusa, tauhu goreng dan cili merah dan tuang kuah secukupnya.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Enak juga dimakan bersama sambal kicap cili.
Kredit resipi: Chef Muhammad Afiq bin Rosdi (Acacia Tree Koffie)
Senangnya Buat Mee Sendiri Di Rumah, Lebih Kenyal & Jimat
Kadang-kadang tekak ni teringin nak makan mee, tapi bila beli, ada pula yang tak habiskan, tamat tempoh pula.
Jadi apa kata kita buat mee sendiri di rumah, dengan resipi daripada Sal SY, yang hanya gunakan tepung gandum dan telur.
Kalau ada yang suka tekstur lembik-lembik, boleh rebus lama sikit.
CARA BUAT MEE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
½ cawan air
2 cubit garam
TONTON Makan Di Mana Ep 18: Ubah Selera, Perkena Menu Western…
TONTON Dapur Rasa Live: Kue Teow Goreng
CARA BUAT:
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga doh sebati dan licin.
2. Setelah siap diuli, bulatkan doh dan taburkan tepung banyak-banyak.
3. Canaikan doh dengan kayu pencanai hingga menjadi nipis.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Lipat doh (seperti dalam gambar) dan potong kecil-kecil.
5. Dah siap potong, leraikannya tabur tepung lagi elak dari melekat. Saya sanggulkan dengan pusing-pusing bulatkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Saya keringkan dalam ketuhar dengan bakar selama 10 minit guna suhu 170C.
7. Bila dah siap, masukkan dalam plastik. Boleh biar suhu bilik atau nak letak dalam freezer pun boleh.
8. Kalau nak makan, rebus mi dulu sampai lembut. Angkat dan toskan airnya. Rendam dalam air paip ye, sejukkan mi untuk dapatkan tekstur kenyal.
Kredit resipi: Sal SY
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hanya Guna 2 Bahan, Coklat Nestum Bar Rasa Sama Macam Kitkat
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: