Bagi para peminat K-pop, boleh pakat cuba resipi Kimbap ni. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Maklumlah, jika beli di restoran makanan Korea, segulung Kimbap sudah berapa harganya. Memang mahal. Jadi jom cuba buat secara homemade guna resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Makan pula dengan Kimchi. Aduhai. Sedapnya….Pasti puas hati.
CARA BUAT KIMBAP KOREA SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras sushi
1 sudu teh minyak bijan
Secubit garam halus
Kepingan rumpai laut – boleh beli pasar raya
Tikar penggulung
BAHAN INTI:
1 ikat bayam hijau
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari. ( info RASA: Boleh ikut sukatan pada pek beras)
2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.
INFO: Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.
CARA MEMASAK INTI:
1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.
2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus.
3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.
4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan sedcubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang.
CARA GULUNG KIMBAP:
1. Tebar tikar penggulung.
2. Alas sekeping rumpai laut.
3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut. ( Pastikan ada ruang).
4. Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap.
5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.
6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu. ( info RASA: Boleh dilakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan Kimbap hingga rata)
7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayones jenama Kewpie diatas Kimbap. Memang sedap.
8. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk masak Kimbab ni? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni: