Semakin mudah sesuatu resipi tu semakin seronoklah kita nak mencuba betul tak? Contoh macam resipi Korean Garlic Cheese Bread ni tak perlu uli roti sendiri pun dah boleh buat. Resipi yang dikongsikan oleh Haya Yahya di Facebook ni hanya menggunakan roti putih sahaja. Cara pembuatan resipi Korean Garlic Cheese Bread ni pun sangat mudah! Hanya perlu menyediakan bahan salutan diluar dan inti di dalam. Jom kita cuba resipi ni sekarang juga!

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

Seronok betul kalau dapat beli periuk baru untuk memasak macam Coowin Detachable Marble Cookware Set! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

BAHAN-BAHAN:

INTI:

Ads

Cream cheese – 150gm (saya pakai jenama tatura)
Susu sejat – 3 camca besar – BELI DISINI
Susu pekat manis – 2 camca besar – BELI DISINI

Campur semuanya, kacau sampai rata.

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

SAPUAN LUAR:

Butter – 100 gm
Bawang Putih – 5 ulas (cincang halus) – BELI DISINI
Telur – 1 biji
Madu – 2 camca besar – BELI DISINI
Daur parsley yang kering – sikit (takde pun boleh)

Panaskan butter dgn api perlahan, dah cair masukkan garlic tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

CARA PENYEDIAAN:

Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

Ads

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing2.

Resipi Korean Garlic Cheese Bread Tak Perlu Uli Roti Sendiri Dah Menjadi

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Haya Yahya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Mee Hoon Goreng Tomyam Mudah Untuk Minum Petang

Makaroni Bakar Sedap! Boleh Ganti Kek Hari Jadi

Bubur Ayam Ala McD Yang Mudah Boleh Buat Sendiri Dan Pasti Menjadi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

https://dai.ly/x8btkz6

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI