Jemu makan nasi dan tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari ni? Resipi Bakso ni antara yang boleh dicuba. Resipinya sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan. Antara yang mudah adalah resipi perkongsian saudari Sharla Rose, Nampak sedap dan menyelerakan. Bahan-bahannya juga tidak banyak. Jom cuba.
CARA MASAK BAKSO SEDAP GUNA RESIPI MUDAH
BAHAN-BAHAN: Suhun bakso atau bihun – dicelur Bebola daging secukupnya – boleh guna apa-apa jenama kegemaran Garam dan perasa ikut selera Air secukupnya
1.Untuk membuat kuah bakso, kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan air, bebola daging, garam dan juga perasa dengan secukupnya. Masak hingga bebola daging menjadi lembut.
3. Bila sempurna rasa dan tekstur dagingnya, padamkan api dan ketepikan.
4. Untuk menyediakan sambal cili, bersihkan semua bahan dan kisar. Perasakan mengikut cita rasa masing-masing. Sambal ini tidak perlu dimasak kerana sudah mengandungi cuka. 5. Untuk menikmatinya, isi suhun dan hirisan kubis ke dalam mangkuk dan tuang kuah bakso panas ke dalamnya. Nikmati bersama bahan-bahan penyedap rasa mengikut cita rasa anda.
Tak tau nak masak apa malam ni, ini RASA kongsikan satu menu Thai yang sedap. Rasa macam gulai lemak tapi ia kaya dengan aroma rempah ratus dan siap dengan campuran sayur terung. Kalau korang tidak ada masa, boleh cuba Gulai Ayam Siam ni kerana pakej dengan sayur sekali dan dijamin sedap
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Penggemar ikan celup tepung atau seafood lain boleh cuba resipi yang akak ni kongsikan. Pastikan ikut resipi yang diberikan kalau tak takut tak rangup seperti yang dikatakan. Elok makan panas buat ratah atau makan dengan pencicah. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN TAMBAN CELUP TEPUNG KEGEMARAN IBU MERTUAKU
BAHAN-BAHAN:
Anak ikan tamban
3 senduk tepung beras
Sedikit kapur makan
1 biji telur A
Daun bwg hiris kasar
Daun sup hiris kasar
1 sudu serbuk cili
Cili padi hiris (klu nak pedas)
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan2 kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng
Celupkan ikan, goreng dalam minyak yang banyak, pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing
Siap!!!!