Kuah Hitam Yong Tau Foo memang sangat sedap dan digemari ramai terutamanya anak-anak. Jika dibeli di pasar malam, harganya boleh tahan mahal. Jika keluarga besar, apatah lagi. Pasti tidak puas makan.
Bagi kanak-kanak yang tidak makan pedas, cukup sekadar makan Bersama kuah hitam. Tapi bagi yang dewasa, tambahlah sedikit kuah merah. Baru terasa sedikit pedas dan ada ‘kick’.
Jom buat sendiri hidangan ini. Saudari Nazuhaina Azu ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT KUAH HITAM YONG TAU FOO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
4-5 sudu makan gula
3 cawan air
BAHAN KUAH MERAH:
2 ulas bawang putih – diketuk
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
BAHAN YONG TAU FOO (CELUR):
Aneka bebola
Hotdog
Filamen ketam
Kangkung
Sotong kembang
CARA MEMASAK:
1.Untuk kuah hitam, satukan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga taucu halus.
2.Masukkan dalam periuk dan masak sekejap hingga mendidih. Ketepikan.
3. Untuk kuah merah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang diketuk. Letak cili kisar dan tunggu kering.
4. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. Siap.
5.Masukkan bijan ke dalam kuali tanpa minyak. Sangai hingga keperangan.
6. Masukkan bahan-bahan Yong Tau Foo ke dalam pinggan. Tuang kuah hitam dan kuah merah dengan secukupnya.
7.Tabur bijan yang telah disangai. Sedia untuk dinikmati.