Resipi Kuah Ikan Bakar Ala Portugis Style. Sedap, Menu Berbuka Hari Ini!

Share

Kuah ikan bakar antara bahan yang wajib kena sedap baru sebati dengan ikan bakar dan terasa sampai ke dalam. Antara salah satu kuah ikan bakar yang sedap adalah kuah ikan bakar portugis yang selalu ada dekat dalam food court mall. Siapa suka boleh cuba resipi ni….

RESIPI KUAH IKAN BAKAR

Bahan-Bahan:

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Cili kering yg direbus (dlm 20 tangkai)
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula melaka
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut

Cara-Cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda * ..panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar..akhir sekali, masukkan garam, gula melaka, air asam jawa dan hirisan daun limau purut..
  2. Boleh simpan lebihan kuah dlm peti sejuk jika lebih
  3. Boleh guna ikan, udang, sotong dll
  4. Saya guna pemanggang ajaib je..balut dgn aluminuim foil..selamat mencuba!

Kongsi resepi: Rosliza Salleh via MAHN

Published by
Mastura Abu Kassim