Kuah Kacang Daging ni memang sangat sedap. Jika tidak makan daging, anda juga menggunakan isi ayam yang dipotong kecil. Hidangan ringkas ini sesuai dinikmati Bersama ketupat, nasi himpit dan lemang. Malah ia juga enak dimakan bersama roti. Nikmat tak terkata. Anda nak cuba? Saudari Sufi Allysha ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUAH KACANG DAGING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Daging secukupnya – rebus dahulu
200gm kacang tanah – goreng tanpa minyak
Gula merah @ gula melaka – beli online disini
Air asam jawa secukupnya
200ml santan pekat
Garam dan perisa secukupnya
2 batang serai – ketuk
2 inci lengkuas – ketuk
3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
1.Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar. Setengah dikisar halus dan setengah ditumbuk kasar.
2. Daging direbus sehingga lembut. Air rebusan daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
3. Panaskan minyak, tumis serai, lengkuas serta daun limau purut hingga wangi.
4. Masukkan semua bahan kisar. Masak hingga garing dan pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan air rebusan daging.
6.Masukkan daging yang telah dipotong kecil. Gaul rata.
7. Tambah gula melaka, garam serta perisa dengan secukupnya. Biar mendidih seketika.
8. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat. 9. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.10. Kuah Kacang Daging siap untuk dinikmati.
Korang yang suka menu sup pasti suka dengan sup yang dikongsi oleh Puan Liza ni. Simple dan mudah buat, yang penting rasa terangat sedap.Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan. Tabur bawang goreng lagi sedap. Rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.
Sebut sahaja lauk Daging Bakar Cicah Air Asam, dah bertakung air liur dibuatnya. Kena pula daging lembut yang diperap sempurna, nasi panas-panas dan air asam pedas! Fuhhh..berebut pakat duk ceduk nasi. Jom cuba menu ni. Pasti berselera.
DAGING BAKAR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tos. Lebih sedap jika guna daging yang sedikit berlemak
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan | bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
15 biji cili padi | dihiris halus
1 biji tomato | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu siapkan air asam.
Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam ataau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kau-kau rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni…
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu | bersihkan
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut perencah sup tulang
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!