Resipi Kuah Kacang Marvelous! Menu Wajib Hari Raya

Share

Kuah kacang simple tapi kesedapannya, rasa lemak kuahnya dengan yang dikisar bersama bahan lain menyebakabkan ia di gelar kuah kacang marvelous.

Tak ada kuah kacang maka tak laku nasi impit, sate, atau gado-gado. Kena ada kuah kacang baru ada selera dan sedap nak mencicah!

 

RESIPI KUAH KACANG SIMPLE TAPI MARVELOUS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
  • 500-600 grm gula kastor
  • 200grm gula melaka/gula merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 setengah sudu teh garam halus
  • 3 biji bawang besar saiz 50 sen lama lebarnya*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4 btg serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1.5-2.0 ltr air
  • 3 senduk cili kisar
  • 1 senduk minyak masak
  • Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air.

CARA MEMASAK:

  1. Untuk penyediaan bahan mentah kuah kacang, bila dah goreng tu, kisar dengan air. Jangan habiskan terus 2L tapi cukup sekadar 1.0 liter dulu dan kisar. Nanti baki air kita tambah kemudian. Udang kering di tumbuk lumat. Serai diketuk dan dikisar bersama bahan yang bertanda* (bila dah siap proses ni baru senang)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau barulah tambah cili kisar dengan air. Guna api sederhana kecil je untuk pastikan cili kisar pecah minyak.
  3. Tambah air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air 0.5liter lagi. Masak dengan api perlahan dan kacau sesekali. Kalau nampak pekat sangat, tambahkan sikit lagi baki air atau kesemua. Jadi kite guna 2.0 liter air.
  4. Masak ni dalam 1-2 jam sebab guna api kecil. Biarkan kuah kacang betukar warna gelap, nampak berminyak dipermukaan barulah sedap. Rasa dan jika ada terlebih kurang sesuaikan rasa buat kali terakhir.

 

Info: Nak makan dengan nasi himpit, sambal ikan, cucur udang, sate semua boleh dan semestinya sedap!

 

Tip untuk hasilkan resipi kuah kacang simple ni lagi marvelous:

  1. Goreng tanpa minyak dulu kacang tanah atau kita panggil proses sangai. Bila dah masak, ketepikan. Untuk buat kuahnya, tak perlu buang kulit kacang. Nanti dikisar bersama air. Kisar pula jangan terlalu halus, cukup 80-85% baru sedap.
  2. Untuk dapatkan kuah kacang yang cantik, tambah gula perang atau gula merah ke dalam kuah. Nampak warna coklat dan gelap.
  3. Kalau buat utnuk makan sendiri, air jangan letak banyak. Cukup sekadar anggaran 1.5-2 liter untuk dapatkan kuah yang pekat dan sedap.

Kongsi resipi: Puan Ruziati Amat Sarbini

Published by
Mastura Abu Kassim