Resipi Kuah Kacang Paling Mudah Yang Diajar Oleh Chef Hotel

Share

Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya, cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi. Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap. Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh Yatt Ismail yang katanya ada Chef dari Hotel kongsikan cara masakan ni kepada ibunya. Wahhh beruntung betul ada Chef dari Hotel ajarkan resipi masak kuah kacang. Kalau Chef yang ajar semestinya menjadi resipi ni. Admin suka makan kuah kacang bersama nasi impit sahaja. Makan macam tu pun dah layan habis, apatah lagi makan bersama satay fuhhh sedap sungguh haihh! Korang pula suka makan kuah kacang dengan satay atau nasi impit? Tak kesahlah apapun cara gandingan korang makan kuah kacang yang penting jom cuba resipi kuah kacang ni.

KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN:

1 kg kacang tanah di sangai atau dipanggang dalam oven

Segenggam cili kering kurang pedas

2 biji bawang besar medium dimayang

1/2 inci halia

1 inci lengkuas

6 batang serai

2 ulas bawang putih

2 mug santan pekat

5 kerek manisan

3 sudu besar gula

Sedikit garam

2 liter air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panggang atau sangai kacang tanah. Yatt panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.

  1. Dah siap panggang buang kulit. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.

  1. Hiris bawang nipis-nipis.

  1. Panaskan minyak dan tumis.

  1. Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.

  1. Cili kering dipotong-potong dan dibuang biji

  1. Kisar sampai lumat.

  1. Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.

  1. Bawang dah garing, masukkan bahan kisar tadi.

  1. Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur.

  1. Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.

  1. Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.

  1. Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.

  1. Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Yatt Ismail

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

 

Published by
Nadzirah Rashid