Dapatkan La Gourmet Vintage Collection dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya. 3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
Ads
4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan. 5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
5. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugur, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil. 6. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.
Sedapnya Daging Goreng ThaiTyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
3 sudu makan serbuk cili thai
Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan. 4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
Linguine Vongole ( pasta linguine bersama sos kepah). Kalau dekat oversea, sajian asalnya menggunakan arak (wine). Resipi ni dan diolah menggunakan bahan-bahan halal. Jadi, penggemar pasta bolehlah cuba.
LINGUINE VONGOLE
BAHAN-BAHAN:
250gm pasta linguine
500gm kepah | dibersihkan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh daun parsli | dicincang
1/2 sudu teh emping cili
4 sudu makan minyak zaitun
10 ulas bawang putih | dihiris halus
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus pasta linguine mengikut aturan yang tertera pada paket. Setelah masak, tos air dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak zaitun dan tumis hirisan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan kepah. Tumis lagi sehingga kepah separuh masak. Masukkan air dan biarkan mendidih dan kepah kelihatan masak sepenuhnya.
Masukkan pasta linguine diikuti garam, serbuk lada hitam, daun parsli cincang dan emping cili dengan secukup rasa. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Pastikan kepah betul-betul masak sebelum digaul bersama pasta.
Masakan Thai sememangnya terkenal di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dengan adunan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jika anda penggemar masakan Thai,ini RASA kongsikan 5 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang comfirm sedap.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
SALAD AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
1 biji bawang besar | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
6 tangkai cili padi hijau | dikisar
4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 keping asam gelugur
125ml santan pekat
250ml air
1 biji tomato | belah enam
1 biji bawang besar | belah empat
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut. Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!