Resipi Kuah Kacang Pekat, Tetap Sedap Tanpa Belacan & Santan

Share

Bila kita menyediakan atau hidang nasi impit, mestilah pasangannya kuah kacang yang pekat dan sedap.

Tapi tak semua dapat menikmati kuah kacang dek kerana alahan terhadap belacan ataupun santan yang digunakan dalam resipi.

Nah, buat mereka yang mengalami alahan, boleh cuba resipi ini yang dikongsikan Cr Nur Hafizah.

Nur Hafizah yang memperoleh resipi daripada arwah bonda mak senior sekolahnya.

 

KUAH KACANG TANPA BELACAN & SANTAN

BAHAN-BAHAN:

500gm kacang tanah – beli online di sini
13 tangkai cili kering – beli online di sini


2 biji bawang besar – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli onlne di sini
3 biji buah keras (saya letak dua biji) – beli online di sini
Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa pes adabi)
2 keping asam gelugur (saya guna 3 keping) – beli online di sini
5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa) – beli online di sini
Garam – beli online di sini
Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
2 batang serai (optional – saya tambah sendiri) – beli online di sini

Dapatkan La Gourmet Vintage Collection

dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.


2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.


3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.


4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.


5. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugur, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
6. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.

Kredit asal: Asma Nurul Mansor

Kredit resipi: Cr Nur Hafizah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff