Resipi Kuah Laksa Penang Sedap Tak Tau Nak Habaq

Share

Sedapnya Laksa Penang. Cukup rasa kuahnya. Bagi anda yang tercari-cari resipi kuah Laksa Penang yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi yang diolah mengikut cita rasa dan dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang terbaik. Cubalah. Pasti anda gemar akan rasanya. Sangat berbaloi untuk dicuba.

CARA MASAK LAKSA PENANG KUAH PEKAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus laksa – rebus lembut

BAHAN KUAH:

BAHAN PERASA:

  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur
  • Serbuk perencah secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

  • Telur rebus secukupnya
  • Timun secukupnya – hiris
  • Daun selom
  • Daun salad
  • Bunga kantan
  • Cili merah & cili padi hijau – hiris
  • Bawang holland & bawang merah – hiris
  • Nanas – hiris
  • Limau kasturi secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan selayang bersama dengan lengkuas, halia, asam gelugur, garam bukit secukupnya dan sedikit manisan @ gula melaka. Lebihkan air untuk mengisar.

2. Asingkan isi dan tulang ikan yang sudah direbus tadi. Kisar bahagian tulang ikan hingga hancur kemudian tapis.

3. Kisar cili kering yang telah direbus tadi. Ketepikan.

4. Kemudian kisar bawang merah saiz bola pingpong, bawang Holland, bawang putih, serai, lengkuas, halia, cili padi dan secubit belacan

bersama isi ikan dan air kisaran tulang ikan.

5. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak guna api sederhana.

6. Tambahkan dua senduk cili kisar. Tambah air mengikut kepekatan yang diingini.

7. Perasakan kuah dengan garam, gula, 1 keping asam gelugur dan juga serbuk perencah dengan secukupnya.

8. Bila kuah sudah mendidih dan cukup rasa, masukkan daun kesum dan bunga kantan yang sudah dibelah dua.

9. Bila kuah sudah memekat dan cukup rasa. Padamkan api.

10. Ambil laksa, masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah secukupnya. Hidangkan bersama bahan sampingan.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur