
Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
- Sedikit isi ayam | dihiris
- Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
- 2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
- 1-2 batang lobak merah | dipotong
- Putik jagung
- Sedikit sawi
- 1 biji tomato | belah 4
- 4 biji telur
- 1 cawan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
- 3 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan garam
- Bahan perasa secukupnya | jika perlu
- 2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
- 3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
- Daun sup
- Bawang goreng
- Cili padi
BAHAN KISAR:
- 15 tangkai cili kering
- 1 1/2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama mi.
Kredit resipi & foto: Marina Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Laksa Penang Yang Pekat, Mudah & Sedap

Bila sebut bab laksa Penang ni, mesti anda suka kan bila kuahnya yang pekat dan padu.
Memang sedap hirup kuah laksa Penang yang cukup kepekatan dan rasanya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak belajar memasak menu ini.
Cumanya, dalam resipi laksa penang versi Ben ini, dibuat ikut tekak sendiri. Contoh guna daun Basil ganti daun kesum. Kalau anda tak suka takpa, bahagian tu ganti balik masuk daun kesum dengan berat sama.
LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN:
3 liter air
1kg ikan selayang/sardin hitam/sardin putih
100gm bawang merah | bakar – beli online di sini
50gm lada kering – beli online di sini
25gm belacan bakar – beli online di sini
15gm daun sweet basil @ daun kesom
3 batang bunga kantan saiz kecil
2 keping asam keping saiz sederhana
Garam gula serbuk perasa
Pelengkap & ulam-ulaman (daun salad, hirisan bawang besar, hirisan bawang merah, cili, telur rebus, nenas)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan lada kering dan sangai tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa.
2. Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah.
3. Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air suku je daripada ikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Lepas dah rebus, sejukkan. Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga.
5. Kisar isi ikan. Guna air daripada stok 3 liter yang dah disukat. Jangan tambah air lain. Sambung kisar tulang ikan sampai hancur dan tapis.
6. Kisar bawang bakar, belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3 liter juga.
7. Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang.
8. Panaskan air baki 3 liter tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4, daun sweet basil dan asam keping.
9. Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula, garam sesuai dengan selera.
10. Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. Tak nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa. Bahan ni akan take over rasa kuah. Sama juga kalau pakai daun kesum. Keluarkan.
11. Daun sweet basil boleh beli kat tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi.
12. Masak biar main api kecil selepas mendidih tu 15-20 minit biar pekat elok. Baru sedap.
Kredit: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Nasi Arab Kabsah @ Mandy
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL
BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE
BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO
BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE
BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD
BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.
RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cara Masak Mi Kolok Daging Yang Sedap & Senang, Makan Pun Puas.

Mi Kolok Sarawak ni kalau tengok resipi memang nampak rumit tapi bila makan memang berbaloi sedap dan gerenti puas hati. Jadi apa kata kita cuba masak sendiri. Kalau sudah biasa mesti mudah,
Cubalah ye..
Mi Kolok Daging Sarawak
Bahan-bahan:
- 3-4 gulung mi sanggul
- 1 sudu makan perencah sup
- 100gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 8 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak masak
- 5 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh kicap pekat
- 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
- 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
- 1 sudu teh cuka
- Daun bawang & daun sup | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Memasak Sup:
- Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
- Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
- Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
Cara Memasak Mi :
- Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
- Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
- Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Cara Memasak Sambal:
- Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.