Resipi kuah pasembur ini wajib tahu jika mahu membuat sendiri hidangan rojak dari Pulau Pinang ini.
Pasembur tak dinafikan ramai peminatnya bukan saja orang utara tapi juga dari negeri lain.
Pasembur yang sedap sudah tentu dari sana tapi kalau teringin menikmatinya kuah yang kurang manis mengikut cita rasa kita dah tentulah kena buat sendiri.
Bila dah buat sendiri kuahnya, bahan-bahan rojak pun boleh kita sediakan. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
2. Masak sampai hilang bau cili.
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Kredit resipi & foto: Roslina Shaari Ina Kie
Baca: Resipi Rojak Ayam Terengganu. Sedap, Mudah, Memang Berbaloi Cuba