Resipi Kuah Rojak Homemade Sedap, Pekat & Tak Guna Petis.

Share

Sedapnya Kuah Rojak homemade perkongsian saudari Cik Pooja ni. Kalau makan dengan buah jambu atau mangga, memang terbaik. Bagi para penggemar rojak dan nak buat kuah ni secara homemade, resipi ni amat mudah dan terbaik yang boleh anda cuba.

CARA BUAT KUAH ROJAK HOMEMADE YANG SEDAP & PEKAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam cili kering – potong, buang biji dan dibasuh bersih. Rendam sekejap dalam air panas dan toskan
  • 1/2 keping belacan
  • 1 cawan gula merah
  • 3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 5 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan ½ cawan air
  • 2 sudu makan garam – letak sedikit demi sedikit bagi elak kuah rojak terlalu masin
  • Segenggam kacang tanah – goreng tanpa minyak dan kisar kasar

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili kering, belacan dan 1 cawan air hingga halus. Masukkan ke dalam kuali.

2. Bancuh gula merah bersama 1 cawan air hingga larut. Tapis dan masukkan ke dalam kuali.

3. Masukkan gula pasir, kicap dan sos cili. Masak semua bahan hingga mendidih dan pastikan sentiasa dikacau.

4. Bila kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Rasa supaya rasa kuah rojak seimbang.

5. Seterusnya ,masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sambil dimasak menggunakan api kecil.

6. Bila kuah pekat, masukkan 2 sudu makan bijan dan 2 sudu makan kacang tanah kisar. Teruskan lagi masak hingga kuah rojak jadi hitam berkilat.

7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

Published by
Nur