Ramai yang menggemari hidangan Kuetiau Goreng kuali besar yang biasa dijual di pasar malam. Ringkas sahaja menu dan cara masaknya namun terasa sangat enak bila dinikmati. Aroma Kuetiau Goreng yang dibungkus dengan kertas, dimakan pula dengan cili jeruk serta perahan jus limau nipis, memang sangat membuka selera. Nak cuba masak sendiri hidangan ini untuk keluarga. Saudara Emee Sham ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
CARA MASAK KUETIAU GORENG ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Goreng telur dan hancurkan. Kemudian ketepikan ke dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih.
3. Bila sudah keperangan, masukkan isi udang. Biar seketika.
4. Masukkan cili kisar. Tumis sampai cili masak.
5. Masukkan kerang, sos tiram, stok rebusan kulit udang serta sedikit kicap masin. Kacau rata.
6. Masukkan sedikit air. Bila sudah mendidih, masukkan kuetiau. Gaul rata hingga semua bahan bergaul mesra.
7. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Gaul rata.
8. Seterusnya masukkan tauhu dan telur yang sudah digoreng tadi. Kacau rata sekali lagi.
9. Bila warna sudah cantik, masukkan tauge dan juga daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk rasa lebih enak seakan Kuetiau pasar malam, bungkus guna kertas dan nikmati bersama hirisan limau nipis serta cili jeruk.
Kredit resipi & foto: Emee Sham
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official