Resipi Kuetiau Goreng Seafood, Ringkas Tapi Sedap!

Share

Blogger Nina Mirza berkongsi resipi kuetiau goreng yang sangat ringkas namun mampu membuka selera. Dalam resipi ini, dia mencampurkan makanan laut seperti kerang dan udang.

Yang menambah sedap adalah udang kering serta campuran telur ayam yang menjadikan kuetiau ini bertambah mewah cita rasanya.

Menurut Nina, dia turut menjadikan sambal tumis sebagai pes dalam tumisan ramuan kuetiau goreng ini. Walau nampaknya seperti banyak bahan digunakan, namun cara masak yang ringkas menjadikan resipi kuetiau ini sangat berbaloi untuk dijadikan panduan.

Jom kita lihat resipinya.

KUETIAU GORENG SEAFOOD

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 cawan udang (buang kulit)
4 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering
2 biji telur ayam
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
2 keping fish cake (hiris nipis)
1 cawan air panas
1 peket kuetiau
1 1/2 cawan tauge
1 tangkai daun kucai (potong 2 inci)
1 cawan kerang (rebus, buang kulit)

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih bersama udang kering.
3. Masukkan telur ayam, pecah-pecahkan telur ayam menjadi ketulan kecil.
4. Masukkan sambal tumis, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau-kacau.
5. Masukkan fish cake, air panas dan kuetiau. Gaul rata.
6. Taburkan tauge, daun kucai, kerang dan udang tadi. Gaul seketika. Matikan api. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: www.ninamirza.com

Published by
Maryam Elyas