Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam Buat Di Rumah Sahaja Pasti Menjadi

Share

Harini nak tukar selera sikit nak masak Kuey Teow Sup Ala Kopitiam. Sedap tau menu Kuey Teow Sup Ala Kopitiam ni lagi-lagi kalau ada cili kicap dan minyak bawang putih lagilah bertambah selera kita makan Kuey Teow Sup Ala Kopitiam ni. Korang wajib cuba menu ni sebagai menu makanan tengah hari bersama keluarga. Mudah je nak sediakan menu ni. Masak Lebih tau nanti, takut tak cukup pula. Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam ni telah dikongsikan oleh Siti Rahayu Ahmad

di Facebook dengan meraih lebih 2 ribu perkongsian. Jom cuba!

KUEY TEOW SUP ALA KOPITIAM

BAHAN-BAHAN:

4 keping dada ayam

Fishball dan fishcake (ikut kuantiti yang disukai)

1 kiub pati ayam

1 sudu teh serbuk lada putih

 

CARA PENYEDIAAN SUP:

1. Rebus isi ayam hingga mendidih.

2. Masukkan fishball & fishcake.

3. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper

4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.

Sambil tunggu sup masak sila cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak. Toskan.

 

BAHAN CILI KICAP:

Cili padi (ikut kuantiti yang disukai)

Kicap Masin

 

CARA PENYEDIAAN:

Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.

 

BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:

1 labu bawang putih

Minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

Cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing & kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

 

CADANGAN HIDANGAN:

Masukkkan kuey teow dalam mangkuk.

Susun isi ayam

Sendukkan sup berserta fishball

Masukkan cili kicap & minyak bawang putih.

 

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Siti Rahayu Ahmad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nadzirah Rashid