Resipi Kuetiau Sup Siam. Memang Terangkat!

Share

Resipi sup siam yang biasa dinikmati bersama kuetiau, bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Selamat mencuba!

KUETIAU/BIHUN/MI SUP SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • Kuetiau/ bihun/mi – dicelur

BAHAN KUAH SUP SIAM

  • 4 ketul dada ayam
  • 1/2 kg kaki ayam
  • 2 inci halia – dititik
  • 2 batang serai  – dititik
  • 1 inci lengkuas  – dititik
  • Sos tiram secukupnya
  • Sos sotong secukupnya
  • Kicap secukupnya
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Daun ketumbar & akar ketumbar
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)

BAHAN SAMPINGAN:

  • Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
  • Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
  • Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
  • Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
  • Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
  • Tauge

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
  2. Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
  3. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
  4. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
  5. Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
  6. Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
  7. Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Ramizah

Published by
Nur