Kuih Akok adalah antara kuih tradisional yang memang popular di bulan puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap! Untuk membuatnya, kuih ni biasanya dibakar. Namun ada cara mudah perkongsian saudari Halimatun As Saadiah Ismail yang boleh dicuba. Tak perlu guna arang pun! Guna sandwic maker sahaja.
RESIPI KUIH AKOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
Air gula yang telah disejukkan ( 1 cawan air dimasak bersama gula pasir, gula merah & daun pandan. Sukatan gula ikut kemanisan masing-masing)
2 sudu makan minyak masak
5 biji telur
Sedikit perisa pandan
Secubit garam
1/2 kotak kecil santan
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, perisa pandan, garam, santan dan tepung gandum. Kisar selama 2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak untuk mendapatkan kesan kuning keemasan pada kuih setelah siap dimasak nanti.
3. Seterusnya tambahkan air gula yang telah disejukkan. Kisar sekejap.
4. Panaskan mesin pembakar sandwic dan tuang adunan secukupnya.
5. Bakar sehingga akok masak dan menjadi warna kuning keemasan.
Kuih puding jagung yang enak di hidangkan ketika sejuk dan dinikmati untuk minum petang. Sangat sedap dan mudah untuk disediakan,. Anak dara dah boleh mula belajar buat kuih pertama untuk keluarga tercinta ibu jadi pemerhati ya.. Selamat mencuba!
RESIPI PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung birds custard
2 cawan gula
1 tin jagung (tak kisar lagi sedap, nak kisar pun boleh)
Dah masuk musim cempedak ini, lagi berbaloi kalau kita beli buah dan goreng sendiri memandangkan harga cempedak goreng yang boleh dikatakan mahal.
Bagi memastikan hasil cempedak goreng kita rangup dan kekal begitu walau dah sejuk boleh gunakan teknik bancuhan yang dikongsi Tuan Adriana . Katanya bancuhan ini juga yang digunakan untuk berjualan, pisang goreng, ubi, seafood dan juga tauhu bergedil untuk hasil yang rangup.
Cempedak goreng rangup, tetap rangup walaupun dah sejuk
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4-5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.
Cara membuat
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Masukkan cempedak dalam bancuhan, pastikan cempedak disaluti bancuhan.
3. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Minyak kena panas ya.
4. Angkat bila nampak garing dan tos.
Tip pilih tepung beras
Boleh guna Tepung Beras Gajah Seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Siapa tahu kuih yang satu ini? Ada yang panggil kuih apam, karipap apam dan ada juga menamakan apam suri. Sangat mudah membuatnya, sesuai dimakan untuk sarapan pagi dan minum petang. Cuba sediakan ikut resipi ini.
Bahan untuk kulit
1/2 kg tepung gndum
1 biji telur ayam
1 sudu kecil yis
Garam secubit
Pewarna kuning
Air secukupnya
Cara membuat:
1.Kacau semua jangan terlalu cair.
2.Bila likat sikit macam lempeng, tunggu 15 minit hingga naik buih, boleh buat kulitnya.
Bahan inti
1 1/2 cawan gandum
2 1/2 sudu besar kastad
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
pewarna pink
Cara membuat:
1.Masuk semua dalam kuali.
2.Jangan buka api lagi, kacau bagi tak nampak ketulan gandum kastad tu.