Teringin nak makan Kuih Akok Kelantan homemade yang sedap, lembut dan panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni. Mudah je. Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin kek cawan je. Tak perlu guna arang pun. Namun jika tiada sandwich maker, anda boleh menggunakan loyang muffin dan dibakar dalam ketuhar atau acuan kuih cara dan masak menggunakan dapur gas. Sangat mudah. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni.
CARA MEMBUAT KUIH AKOK SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 6 biji telur 2 keping nise / gula melaka besar (kalau saiz kecil, guna 3 keping) – beli online disini 1 cawan santan – beli online disini ½ sudu teh garam 3 sudu makan tepung gandum – beli online disini 1/2 cawan air 1 helai daun pandan
Ads
CARA MEMASAK: 1.Masak gula melaka atau nise bersama air. Masukkan juga daun pandan dan masak hingga gula larut.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan lain. Kisar sehingga sebati. Boleh juga diadun menggunakan tangan sahaja. 3. Adunan Akok sudah siap untuk dibakar. Boleh guna mesin kek cawan atau jika tiada, boleh guna sandwich maker. Bakar hingga akok masak.
4. Selain itu, Akok juga boleh dibakar menggunakan ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit menggunakan api atas bawah. 5. Kuih Akok Kelantan yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.
Kredit petua & foto: Sitisarah Hamid
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Banyak yang istimewa tentang diri Chef Shan ini. Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kuala Lumpur ini pakar dalam masakan Eropah dan Barat dengan sentuhan ‘Asian Twist’. Dia sendiri sudah mencipta ribuan resipi yang mengambil inspirasi dari barat dan Eropah selama 22 tahun dalam bidang ini.
Demi menimba ilmu memasak Chef juga pernah merantau ke Jogjakarta untuk belajar sajian Indonesia.Paling mengagumkan dia meraih pengalaman bekerja di Ireland yang turut memberinya inspirasi menghasilkan sajian barat dan Eropah ‘with Asian Twist’.
Uniknya menu seperti ini adalah walaupun asalnya adalah makanan barat tetapi Chef Shan memberi ‘Asian Flavour’ dengan menggunakan ramuan
rempah ratus dan herba Asia. Trial and Error belajar dari kesilapan adalah perkara biasa dalam mencipta resipi.
Salah satu sajian rekaanya . Pan Seared Seabass With Witted Vegetables and Lemon Grass Chilli Cream
Gemar mengembara menurutnya pengalaman manis di luar negara adalah dapat menikmati pelbagai makanan dan bertukar ilmu dengan chef luar negara.
Di usia 17 tahun , Chef Shan sudah mula bekerja dalam dunia masakan. Anak kelahiran Muar, Johor ini sudah boleh memasak sejak berusia 16 tahun lagi. Semuanya dipelajari dari ibu dan kakaknya.Kedua ibu dan kakaknya juga mahir masakan Melayu dan Nyonya , mereka satu-satunya keluarga India di perkampungan Melayu di Jalan Ismail, Muar.
Bermula karier dari ‘kitchen helper’, kini sebagai Eksekutif Chef di The Pearl Hotel Kl terdapat lebih 50 kakitangan di dapur hotel di bawah seliaannya. Termasuk cold kitchen, butchery, Malay Kitchen dan pasti yang memerlukan bimbingannya.Sikapnya yang mudah didekati mungkin menjadi faktor mengapa pasukan kerja Chef sungguh mantap.
Bersama ‘anak didik’ di The Pearl Hotel KL
Berikut senarai pengalaman kerjayanya sebagai Chef sebelum sampai ke tahap kini: 1.May 2017 – kini, Eksekutif Che, The Pearl Hotel KL 2.Feb 2017-Mei 2017, Konsultan Chef, The Barzz Pub and Restaurant Bukit Jalil, KL. 3.Nov 2016 – Jan 2017, Konsultan Chef, Melody Modern Indian Cuisine, Menara Haw Par, KL 4.2014-2016, Chef Eksekutif Kumpulan, Movida’s Group 5.2013 -2014, Penolong Chef , The Cottage Restaurant Jamestown, Carrick-on Shannon , Ireland 6.2012 -2013, Ketua Chef, Poo Doo Restaurant and Bar 7.2012, Konsultan Chef ( 6 bulan khidmat runding penubuhan restoran), Frontpage Sports Bar and Restaurant, KL 8.2012, Konsultan Chef (3 bulan khidmat runding penubuhan restoran), The Balcony, Kl
Prinsipnya untuk berjaya dalam bidang ini kena ‘Rajin Belajar dan Berani Mencuba’. Petua memasaknya mudah sahaja ‘Memasaklah Dengan Ikhlas’, barulah masakan gerenti sedap.
Nah, ni resipi sentuhan dari nya, cubalah
SKILLET GROUPER WITH ORANGE SALSA, WILTED SPINACH, PEAS AND GAZPACHO PUREE
BAHAN-BAHAN :
Bahan ikan :
2 keping isi ikan kerapu ( 200 gm tiap satu)
2 sudu makan minyak
Secubit garam
Secubit lada hitam
Secubit gula perang
1 sudu teh parutan halia
1 sudu teh parutan bawang putih
Bahan salsa oren :
1 biji oren | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
1 biji tomato | dikupas, dibuang biji dan potong dadu
1. Perasakan isi ikan dengan parutan halia, bawang putih, gula perang , gula, garam dan lada hitam.
2. Panaskan minyak dan masukkan ikan , masakkan sekali lalu kedua belah (cukup sekadar lecur)
3. Sementara itu masukkan semua bahan yang dipotong dadu untuk salsa di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan juga jus lemon, garam dan lada hitam, kacau sebati. Ketepikan.
4. Di dalam kuali yang lain masukkan semua bahan gazpacho dan biarkan mendidih, apabila mendidih kisar ke semua bahan.
5. Apabila puri gazpacho telah siap, tumiskan bayam dengan kacang hijau dengan sedikit mentega dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hidangkan bayam di tengah pinggan dan letakkan ikan . Kemudian letakkan salsa di atasnya dan sudukan puri gazpacho di tepi pinggan untuk dimakan bersama sajian.
Sedapnya aneka resipi lauk pauk kampung ni! Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan merdeka? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Lauk pauk kampung begini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Anda teringin nak makan menu begini? Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya.
Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!
SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
6-7 ulas bawang puteh *
5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
5-8 biji cili padi merah*
1/3 cawan air
3/4 cawan cuka
1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.