Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Biasanya bila tiba bulan Ramadan, kuih ini menjadi pilihan ramai. Di musim PKP ni, agak sukar nak dapatkan juadah-juadah kegemaran. Mana tidaknya, gerai dan pasar malam pun banyak yang tidak beroperasi. Jadi inilah masanya untuk kita cuba hasilkan sendiri sajian untuk keluarga. Nak cuba buat Kuih Asam Gumpal ni untuk minum petang? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Masak lemak ada banyak resipinya, tapi kebiasaannya santan dan bahan dikisar atau ditumbuk dilebur sekali bersama santan. Namun sekiranya mahu citarasa masak lemak yang berbeza, boleh cuba buat masak lemak tumis.
Resipi masak lemak ayam tumis
Bahan-bahan
8-10 ketul ayam -dipotong dan bersihkan
1 kotak santan segera
2 batang serai -diketuk
Kentang -dipotong
Asam keping
Daun kunyit -dihiris
Air secukupnya
Bahan kisar
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
Kunyit hidup
Cara memasak
1. Ayam digoreng seketika. Ketepikan
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
3. Masukkan air kemudian biarkan mereneh. Masukkan santan, asam keping kemudian kacau.
4. Kemudian masukkan kentang, masak hingga kentang lembut. Selepas itu taburkan hirisan daun kunyit. Kacau. Sedia dihidangkan.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini telah memaparkan gelagat pelakon cantik manis, Rita Rudaini bersama Cik Ala. Memang gamat studio dengan aksi spontan Rita. Dengan gelang penuh di tangan, tidak kering gusi dibuatnya.
Rita dan Cik Ala telah berkongsi resipi istimewa untuk berbuka puasa iaitu Gulai Lemak Ikan Kering Nanas. Resipi ini merupakan antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya. Terbit rasa rindu di hati untuk menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri.
Tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jadi, Rita dengan bantuan Cik Ala telah menyediakan Lepat Manis yang sedap dan menyelerakan ini. Memang layan makan ketika berbuka nanti.
Jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Memang sedap!
1. GULAI LEMAK IKAN KERING NANAS
BAHAN-BAHAN:
½ biji nanas | dipotong kecil
Asam keping
2 inci halia | ditumbuk kasar
4 biji bawang merah | ditumbuk kasar
2 biji bawang putih | ditumbuk kasar
1 kotak santan
300gram ikan talang tulang tengah | rendam dahulu
Minyak masak secukupnya
Rempah Cap O | dibancuh dengan air
CARA MEMASAK:
Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
Bancuhkan rempah Cap O dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Kacau hingga sebati.
Tambahkan ikan masin. Kacau rata dan tambah air jika perlu.
Akhir sekali, masukkan nanas. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang nanas menjadi lembik.
Tambahkan sedikit garam jika mahu. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
2. LEPAT MANIS
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang
½ cawan santan
Sedikit garam
1 cawan gula melaka
Tepung beras
2 cawan tepung pulut
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat doh, cairkan gula melaka di atas api perlahan terlebih dahulu.
Kemudian, bancuh tepung pulut, gula melaka yang telah dicairkan dan sedikit santan.
Uli dan adun sehingga menjadi sebati. Pastikan doh menjadi lembut dan tidak keras.
Untuk inti, masak santan di atas api. Masukkan sedikit garam, satu sudu tepung beras yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga santan menjadi pekat.
Untuk membalut kuih, ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas daun pisang supaya tidak melekat.
Kemudian, letakkan adunan di atas daun dan ratakan.
Letakkan inti pada bahagian tengah dan balut denga kemas.
Kukus selama 45 minit.
Kuih lepat manis sedia dimakan.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Ayam Bakar Ala Dominos. Sedap juga kalau makan ayam ni sementara masih cuti sekolah ni. Sesuai sangat kalau nak buat hujung minggu ni. Menggunakan bahan ringkas, tak perlu keluar belanja mahal boleh buat di rumah dan makan sampai puas dengan anak-anak. Diperap dengan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah, hasilnya penuh perasa dan berjus. Jom cuba resipi Ayam Bakar Ala Dominos seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has
AYAM BAKAR ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Drummet ayam 2 ulas bawang putih – tumbuk 2 sudu besar gula – beli online 1 sudu besar garam – beli online 1 sudu besar marjerin – beli online 1 sudu besar serbuk cili 5 sudu besar madu – beli online 5 sudu besar sos cili – beli online 5 sudu besar sos tiram – beli online 3 sudu besar sos masam manis 1 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan. Satukan dan gaul sebati.
2. Masak di dalam kuali sehingga sos pekat dan ayam separuh masak. Tujuannya supaya ayam lebih berasa.
3. Lapikkan aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tuangkan sos di atasnya.
4. Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 180c.
5. Beginilah hasilnya. Nampak begitu menyelerakan. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!