Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni antara yang boleh dicuba.
CARA MEMBUAT KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN INTI KELAPA:
1 cawan air panas
1/2 cawan gula merah cap Bintang
2 sudu besar gula pasir
(satukan, kacau hingga larut dan tapis)
1/2 biji kelapa parut
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan – disimpul
1/2 sudu teh kicap karamel – untuk cantikkan warna inti (jika tiada,abaikan)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali.
2. Bila mendidih, masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering.
3. Masukkan tepung gandum. Bila sudah sebati, tutup api. Biarkan sejuk.
4. Bila inti sudah sejuk, boleh bulat-bulatkan untuk memudahan ia dimasukkan dalam doh.
BAHAN ADUNAN HIJAU:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar (membukit) tepung gandum
Secubit garam
1 cawan air pandan (kisar 1 cawan air dengan 3 helai daun pandan dan perah amik patinya)
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dalam periuk.
2. Satukan tepung dan pati pandan. Ggaul hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan doh. Masukkan inti kelapa. Bulat-bulatkan.
4. Kemudian masukan dalam air yang mendidih. Apabila doh sudah timbul, angkat dan toskan.
5. Ketepikan seketika.
BAHAN KUAH PUTIH:
1 cawan santan pekat – empunya resipi guna 1 kotak kecil santan KARA
3 cawan air
1/2 sudu teh garam
2 cubit gula
3 sudu besar (membukit) tepung beras
2 sudu besar (membukit) tepung gandum
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk.
2. Dengan menggunakan api sederhana perlahan, masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat.
3. Bila sudah agak pekat, terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas untuk menghidang Kuih Badak Berendam nanti. (boleh guna bekas makanan)
4. Dalam setiap bekas, masukan 1 1/2 senduk adunan putih dan terus letak bebola hijau yang sudah siap ditoskan tadi.
5. Kuih Badak Berendam siap untuk dinikmati. Ia enak dimakan ketika panas dan juga sejuk.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official