Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
Tepung pulut
Air kapur secukupnya
Sedikit pewarna hijau
Gula melaka – dipotong dadu kecil
Santan pekat secukupnya
Sedikit garam
Sedikit tepung beras
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
Ads
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
Ads
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Kebanyakan kuih-muih di Kelantan berasaskan tepung pulut, beras, santan dan wajib manis, sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik-pelik. Ternyata orang-orang Cik Siti Wan Kebang kreatif buat kuih. Tak percaya cuba beberapa jenis kuih yang Rasa kongsikan resipinya ini. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.
BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
1/2cawan gula pasir
1 biji telur
1/2cawan air daun pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan
3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras
10 biji telur
Sedikit pewarna oren
BAHAN SIRA:
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
Bakar hingga kekuningan atau garing.
Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
Masukkan daun pandan dan cengkih.
Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
Kuih sedia dihidangkan.
KUIH ULAT BULI
BAHAN-BAHAN:
1cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan air
1 sudu teh air kapur
2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
1/2cawan kacang hikau
Sedikit gula Melaka
1 sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 kelapa parut
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
Kacau rata hingga garing.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
Buat sampai habus.
Didihkan air kemudian, rebus adunan.
Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
Sedia dihidangkan.
TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
Kemudian sejukkan
Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.
BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung beras
200gm gula
125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
3.Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
4. Campur ubi dan pisang.
5.Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
Kembali ke kampung jom kita imbau nostalgia lama dengan membuat kuih tradisi. Kuih bait ni adalah kuih lama memang sukar nak jumpa. Rasanya memang sedap kenyal-kenyal dengan inti kacang hijau. Pasti ada penggemarnya sehingga kini.
KUIH BAIT Bahan doh:
150g tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 kerek kecil nisang
100ml santan (setengah kotak kecil)
150ml air
2 helai daun pandan
Secubit garam
Cara membuat;
1.Masak nisang dengan santan dan air, daun pandan. Biar cair kesemuanya, ketepikan.
2.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.Masukkan air nisang tadi.
3.Uli sampai jadi doh dan tidak melekat dijari.Rehatkan doh dalam 1 jam paling kurang.
Bahan inti kacang hijau:
120g kacang hijau ( rendam 3 jam ,dimasak sampai empuk)
100ml santan
2 biji bawang merah( dimayang dan ditumis)
½ kerek kecil nisang
2 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Rebus kacang,apabila sudah empuk masukkan nisang,santan,gula
2.Apabila hampir kering dan pekat masukkan bawang yang ditumis tadi.Masak sampai kacang jadi kering dan pekat.
3. Apabila bahan semua dah siap,layur daun pisang dan kemudian sapukan sedikit minyak.
4.Ambil doh bentukkan bulat. Masukkan inti kacang,bulatkan kembali.Kemudian buat kelongsong atau kun dari daun pisang.
5.Kukus dalam 20 hingga 25 minit. Siap untuk dihidang.
Mak atau Mak mertua anda suka makan kuih Pulut Sekaya? Ha…Meh cuba resipi perkongsian saudari Eyda Rany ni. Lebih istimewa lagi resipi ni adalah warisan dari arwah ibu beliau. Patutlah Nampak sedap! Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
PULUT SEKAYA LEGEND
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan pulut
Santan – jumlahnya bila tuang dalam pulut, ia sama paras & bukannya sama banyak.
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
* Jika suka pulut yang tebal, boleh lebihkan pulut.
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur – empunya resipi guna 6 biji sebab guna telur gred C.
1 sudu makan tepung gandum – tak letak pun tak apa sebab tujuannya nak bagi adunan keras sedikit dan mudah untuk dipotong.
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula – ikut tahap manis masing-masing
Sedikit serbuk kulit kayu manis – jika suka
2 cawan santan
10-15 helai daun pandan – kisar dengan santan diatas, tapis dan perah.
CARA MEMASAK:
1. Basuh pulut bersih-bersih kemudian masukkan santan, garam serta gula. Gaul rata dan masukkan kedalam loyang. Kukus hingga pulut masak.
2. Bila dan masak, gaul dan tekan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
3. Untuk lapisan atas, kisar daun pandan bersama santan. Kemudian tapis dan perah hingga tak ada serdak pandan.
4. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam kisaran santan dan kisar hingga halus dan tak berketul.
5. Tuang keatas lapisan pulut yang dah dimampat tadi.
6. Kukus semula sehingga lapisan atas masak.
7. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO:
Loyang yang diguna bersaiz 22 inci.
Jika nak rasa kuih yang lemak berkrim, guna santan kelapa asli.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.