Kuih muih tradisional Melayu memang punya kelompok peminatnya yang tersendiri. Kalau makan yang sedap, fuhhh…satu memang tak cukup. Bagi anda yang suka makan Kuih Bakar Daging @ berlauk ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Sha Syariza ni. Nampak sedap!

 

KUIH BAKAR DAGING

Ads

 

BAHAN KUIH BAKAR:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur gred A
  • 150ml air
  • Sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Hirisan daun bawang secukupnya – hiasan
  • Hirisan cili merah – hiasan
  • 1/2 sudu makan minyak sapi – guna waktu nak bakar kuih.

 

BAHAN INTI DAGING:

Ads
  • 1 biji ubi kentang – didadu
  • 150gm daging kisar
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 biji bawang besar – didadu
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu makan kerisik
  • Sedikit air
  • Hirisan daun sup secukupnya
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Pertama sekali, masak inti terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau rata.
  2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. Untuk menyediakan adunan Kuih Bakar, satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.
  5. Masukkan pewarna kuning dan sedikit garam. Tapis dan ketepikan.
  6. Untuk memasak Kuih Bakar, panaskan acuan atas dapur. Guna api yang sederhana.
  7. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Tuang adunan Kuih Bakar hingga memenuhi 3/4 acuan. Masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.
  8. Seterusnya masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.
  9. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam ketuhar.
  10. Terus membakar hingga permukaan kuih menjadi perang keemasan. Keluarkan dari ketuhar, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.
  11. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Sha Syariza

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI