Sedapnya KuihBakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik.
Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. 2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul. 3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas. 4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan. 5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya. 6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak. 7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan. 8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Kalau makan nasi tak habis, jangan dibuang ye. Sekarang ni tengah musim panas jemur kering-kering boleh buat jajan iaitu bepang. Bepang ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Mudah caranya.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk(ikut masing2 nak byk mana ye)
saya guna 3 cawan nasi sejuk
1 cawan gula pasir
4 sudu makan minyak masak
minyak secukupnya untuk menggoreng nasi
Cara membuat:
1.Jemur nasi sehingga kering(saya jemur 2 hari juga sbb panas terik😅).
2.Kalau beras biasa dah kering tu ceraikan jadi sebutir2 kalau keras..ketuk je guna lesung batu..p ketuk2 manja je..jgn sepenuh hati nanti lumat pulak mcm tepung beras😂😂
3.Panaskan minyak dan goreng nasi sampai mengembang.. jgn kembang mcm popcorn pulak tau nanti hangit..agak sedang naik cantik putih angkat dan tos kan..
4. Sejukkan dahulu..kalau tak nanti masa nak salut gula nasi jadi lemau tak crunchy..
5. Masak gula sampai agak keperangan dan sedikit cair masukkan minyak masak, agak-agak kalau gula tak hancur sangat tambah sedikit air panas..dalam suku cawan..masak lagi hingga gula betul hancur dan air dah menyejat.
6.Tutup api masukkan nasi yang dah ditoskan dan disejukkan.Part ni kena pantas sikit..gaul nasi laju-laju dengan gula tadi sampai sebati..
boleh letakkan dalam loyang atau tupperware dan sejukkan..
Tip: sebaiknya loyang sapu sedikit minyak untuk memudahkan bepang dikeluarkan. Jangan potong sebelum betul-betul sejuk dan keras..nanti bepang berderai..