Resipi Kuih Bakar Kemboja Masak Guna Dapur & Air Fryer

Share

Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik.

Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer

je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar.


2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul.
3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas.

4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan.
5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya.
6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak.
7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan.
8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noriza Zainal Abidin

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur